nota hati seorang lelaki kota frinjan yang suka berfikir tanpa kotak dan mementingkan kesempurnaan
25.5.16
Cermin diri kita nampak apa
Semalam saya cuba berkomunikasi dengan pembantu saya atau dengan kata lain Technical Assistant. Ia tentang soal proses kerja yang terdapat sedikit kekeliruan. Tapi malangnya, saya cuba mahu memahami apa yang beliau jawab pertanyaan saya, tak boleh saya hadam apatahlagi untuk saya faham. Lagi pula, cara beliau bercakap seolah seperti lontaran suaranya dikemam-kemam tidak keluar semuanya. Dua kali saya menanyakan soalan itu namun saya tak mendapat jawapan yang sebenar.
Jadi, kesimpulannya, saya nampak ada dua kemungkinan. Satu, pembantu saya tak berusaha untuk memahami saya kerana lontaran suaranya dikemam. Kedua, saya sendiri yang tak faham atas penjelasan berkenaan. Oh, sebenarnya tiga. Ketiga, saya lemah dalam menanyakan soalan untuk dia jawab dengan baik. Ya, saya akui saya yang lemah. Belum berjaya untuk memandu beliau menjawab pertanyaan dengan betul dan mesej itu sampai.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment