13.12.10

Secangkir cuma

Satu hari, gua dapat SMS daripada awek gua yang mengatakan beliau lewat pulang ke rumah. Ada urusan duniawi menyiapkan laporan polis barangkali. Tolong uruskan anak-anak. Apabila dapat saje SMS tersebut, gua tanpa berlengah masa lagi terus keluar pejabat. Sebelum keluar, gua punch dulu. Itu dah jadi rutin gua. Terus balik dan ambil anak-anak. kebetulan SMS itu sampai jam 5 petang. Gua tak banyak soal. Ada orang soal pun di pertengahan jalan. Gua tak persoalkan orang itu.

Gua ambil mereka ketiga-tiganya sekali. Gua terus sumbat dalam perut kereta. Gua pasang lagu. Terus gua menuju ke sebuah restoran yang tak perlu disebutkan di sini. Belanja mereka malam malam. Lantas, gua order roti telur, roti kosong dan nasi + ayam goreng + sayur. Gua order air juga takut tercekik. Gua layan mereka makan baik punya. Sebagai ayah yang berdedikasi, gua suap yang bongsu (setakat ini) sebab dia tak pandai suap sendiri lagi. kalau dah pandai makan suap pun, gua tak galakkan dia makan suap. Gua suruh dia duduk atas baby chair. Dia tak mahu. Dia nak duduk juga atas meja. Maka, gua dudukkan atas meja. Manakala, yang sulong dan yang angah duduk makan menyuap makanan sampai habis. Dah habis mereka menyanyi-nyanyi dan berjoget-joget. Gua panggil mereka. Baca doa dulu setelah habis makan. Masa nak makan, nasib baik gua mengetuai bacaan doa. Yang bongsu nak turun pulak ke lantai. Gua lepaskan. Dia merangkak. Berdiri. Bertatih. Merangkak semula. Bermain kereta mainannya.

Inilah masanya mereka mahukan kebebasan dalam keadaan terkawal. Gua biarkan mereka berlegar-legar. Melompat sana-sini. Mereka semua kegembiraaan macam penyamun dapat harta karun. Gua juga dalam keadaan gembira. Biar mereka kenyang. Gua lapar tak mengapa. Makanan dah habis. Nak buat macam mana. Alahai, beginilah hidup kalau tanpa awek tercinta. Kelam-kabut dibuatnya. Tapi, waktu itu gua kool je. Macam takde apa-apa yang berlaku.

Meja dah berterabur dengan nasi dan berkecah-kecah dengan air milo. Lantai kotor yang amat. Gua panggil mereka. Anak-anak..., jom kita balik! Jommm, mereka kata. Ternyata mereka perlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu. Oh ya, tadi gua order kasih sayang di restoran itu, waiter itu terpinga-pinga.



.

1 comment:

Anonymous said...

contoh bapa mithali...... bro