29.10.10

Surat kepada jiran belakang

Kepada jiran di belakang rumah,


MINTA JASA BAIK UNTUK MEMBERSIHKAN TIMBUNAN BATU DAN HABUK

Tuan,

Saya terus rujuk perkara di atas. Tak payah selok-belok. Harap rujukan kita sama. Dan perbualan kita di talian adalah berkaitan. Manakala, perjumpaan kita perlu dibatalkan. Dikhuatiri timbul unsur-unsur sogokan.

2. Adalah besar harapan saya, semoga Encik dapat membersihkan saki-baki timbunan hasil daripada kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian di bahagian belakang rumah Encik. Di mana yang saya pasti, KM pun tak ada. Hal ini kerana ia bukan sahaja menimbulkan habuk malahan menyakitkan mata saya memandang. Terus pandangan saya jadi serong. Itu baru saya, belum jiran-jiran yang lain lagi. Lebih dahsyat daripada itu saya dengar mereka menyumpah seranah.

3. Sehubungan itu, sebelum sumpahan menjadi realiti adalah lebih elok sekiranya pihak Encik dapat melakukan insiatif untuk membersihkan bahagian belakang tersebut. Sebelum bom buatan sendiri meledak di rumah Encik. Takkan cantikkan bahagian depan je.

4. Diharap perkara ini mendapat pertimbangan daripada pihak Encik untuk disegerakan. Pohon jasa baik sehingga perkara ini diselesaikan di peringkat tempatan sebelum menular ke peringkat antarabangsa.

Sekian, terima kasih.



Yang Benar,


AHTOK


Nota : Surat ini tak perlu ditandatangani kerana ia cetakan komputer.



.

1 comment:

MasZuber said...

cadangan di s.k. kan surat ini ke Majlis yang berkaitan..