29.4.09

Pemanok


Kau bukan kisah pun. Dari Labok, Scotland gua merantau ke Pemanok, Bulgaria. Apa kau kisah?! Tapi, bila di Pemanok, ada orang kisah. Gua bukan kisah sangat pun... Pasal hubungan pemilik tanah dan pemohon tanah. Mereka adik-beradik ke, pasangan baru bertunang ke, pasangan sudah bertunang ke, pasangan kelamin ke, pasangan bahagia ke, pasangan bakal bercerai ke, pasangan yang kurang kasih sayang ke. Gua tak kisah tu semua! Ada kau kisah!

Tugas gua di sini hanya untuk meluluskan atau menolak mana-mana permohonan yang menuruti kehendak-kehendak keperluan agensi teknikal. Ikut senarai semak, straight forward kan. Berbalik kepada maudhuk asal. Hey hey hey, takkanlah pulak gua nak mintak sesalinan sijil nikah daripada mereka. hanya untuk membuktikan mereka ini mempunyai hubungan dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Tak ke gua dah overule tugas Pejabat Qadi kawasan Pemanok, Bulgaria. Kalau mereka lantik gua jadi sub-Qadi takpe la.

Tapi sini lain bai, Pejabat Qadi tak ambil kisah pun. Sebab bos besar Pejabat Tanah boleh merangkap jadi Qadi. Sebab, gua dengar dia alim dan kuat sembahyang punya orang. Manakan tidak, di atas dahinya ada dua tompok kehitaman. Ok, gua bagi contoh permasalahan tadi. Kalau orang tempatan nak membangunkan rumah kediaman satu tingkat misalnya. Dan didapati nama pemohon tidak sama dengan nama pemilik tanah. Atau menggunakan nama yang lain. Power of Attorney (P.A) sini tak laku bai. Apa barang pakai P.A tanpa certified copy. Sama taraf dengan kertas kajang taruk bedak bagi kat awek bai. La ni, kena pakai sijil nikah, surat beranak atau surat yang mengesahkan hubungan mereka. Nampak mudah tapi melucukan. Kau patut ketawa bai. Itu pulak yang dikisah! Habis hubungan mereka di dalam organisasi tak pulak dikisahkan. Sama ada retak ke, intim ke, lagu mana ke. Iyala, kadang-kadang kita pecah kepala memikir masalah orang. Tapi sebenarnya, cerminan dari masalah itu kita tangkis dari pemikiran kita.

Katalah, kau pemilik tanah. Dan kau berjawatan Dato' atau ada memegang portfolio Jaksa Pendamai (J.P). Kemudian, kau kerah orang lain atau syarikat bertindak sebagai pemohon pemajuan tanah. Apa yang berlaku, J.P (iaitu kau sendiri) mengeluarkan satu surat mengesahkan untuk diri kau sendiri. Dengan kepala surat J.P, lalu memberi kebenaran ke atas pemohon untuk membangunkan tanah kau. Hoi! Undang-undang mana kau ikut. Di Pekan Panyit, Sri Lanka pun tak pakai undang-undang begini. Aduyai... Ini bolehlah kalau nak kisah. Tapi gua bukan kisah pun.

Dalam urusan-urusan yang melibatkan hierarki yang ketiga dalam sebuah kerajaan. Gua lebih suka mengikut timbangrasa dan budi bicara. Pendek kata ada rundingcara. Undang-undang dan peraturan sebagai panduan kita sahaja. Pertimbangan akhir sudahnya di tangan kita. Dan membuat keputusan dengan kebijaksanaan akal yang waras itulah yang utama. Kebolehlenturan ini lebih menjamin berbanding kerigidan mengikut buku. Apa kau nak kisah, setelah kau keluarkan lesen perniagaan. Peniaga perlu berniaga tepung dengan harga sekian-sekian. Beras Siam dimestikan cap naga. Pisang goreng mesti terbaik dari ladang. Mampos! Sedang tugas hakiki kau hanya untuk mengeluarkan lesen.

Kemudian, mana-mana pemaju kau syaratkan pula untuk meminta lesen pemaju darinya. Jika tidak, kelulusan tidak diberi. Tak semestinya mereka hantar permohonan mereka buat esok pemajuan itu. Ya, betul kau lihat individu itu ada potensi menjadi pemaju. Kau boleh baca tren pemajuannya yang berdikit-dikit. Tapi, meminta lesen pemaju bukan task kau. Serahkan pada pemantauan di bahagian atasan. Biar mereka turun padang buat semakan. Kemudian, kau buat kenyataan pulak kenapa kebanyakan kumpulan nasyid tanahair suka benar menggunapakai ejaan Bahasa Inggeris. Nampak sangat keinggerisan. Kau bagi contoh Nowseeheart, D'hearty, Far East, In Team, U.N.I.C, Brothers dan sebagainya. Mampos! Alamat tak berkembang dunia nasyid global. Tapi, ada kau kisah penyanyi rock dikatakan penyanyi yang masuk syurga? Sebab ketulusan dan keluhuran hatinya. Ok, ok, ok... Ada kau kisah, hubungan suami-isteri, ayah-anak dihalang oleh ketinggian Genting Highlands? Kau bukan kisah pun. Gua nak main bola.



.

28.4.09

Labok

Seperti selalu-selalu. Tiap-tiap malam, untuk melepaskan kerinduan kepada puteri-puteri tersayang, aku menelefon mereka untuk berbual di talian. Kerinduan pada puteri-puteri adalah simbol kerinduan pada permaisuri juga. Bercakap dengan Fiqa (5 tahun). Atau Fifa (2 tahun) walaupun sekejap rasa terubat di hati. Mereka tinggal di bandaraya besar, macam-macam hypermarket ada. Sedang aku, di sini nak cari minimarket pun payah. Yang ada Econjaya baru nak masuk setelah berbindang setahun, ada apa sesiapa kisah?

Fifa : Hello ayah..
Aku : Hello, Fifa dah mamam?
Fifa : Dah, mamam bubur...
Aku : Fifa buat pe tu?
Fifa : Tengok Tele.. Teletubbies.
Aku : Hehe.. Teletubbies..
Fifa : Tengok Tele.. Teletubbies.

DIAM.

Fifa : Ayah, ayah. Bila ayah nak balik?
Aku : Minggu depan ayah balik la..
Fifa : Ya Allah...

HENPON BERTUKAR TANGAN.

Fiqa : Helo ayah..
Aku : Assalamualaikum.
Fiqa : Ermm.. Waalaikumsalam.
Aku : Kakak gi sekolah tadi?
Fiqa : Besh, kakak sekolah.. Belajar a,b,c
Aku : Kakak tolong ibu tak?
Fiqa : Eeeesyy, ayah ni. Kakak kan dah besar.
Aku : Kakak rindu ayah tak?
Fiqa : Ermmm.. Rindu-rindu.. Ayah kat mana ni?
Aku : Ayah kat Labok, Scotland.
Fiqa : Oooo. Bye ayah.
Aku : Bye. Assalamualaikum.
Fiqa : Waalaikumsalam...


Ada sesiapa kisah aku kat Scotland?


.

27.4.09

Pulai Chondong


Gila kau, majlis mulia begini tak hadir. Dapat pahala bai! Kena pulak majlis Sultan. Lagi pahala besar bai. Perasmian masjid pulak tu, lagi berlipat kali ganda bai! Alamatlah kena surat tunjuk sebab kalau tak hadir. Masalahnya, bukan aku tak nak hadir bai! Aku tak ada pakaian Kebangsaan warna hitam satu sut beserta kain samping yang lengkap. Aduyai. Tak dapat bai! Tapi kalau kau niat, dah dapat bahala bai! Belum kau pergi lagi bai!



.

23.4.09

Kampung Membunga



Mereka melantik secara diktator, agar aku mengepelai Jawatankuasa Unit Latihan bagi menjayakan program 5S di sini. Maklumlah mereka nampak muka aku bengis macam polis pencen. Kejam dan keji sungguh! Oh ya, bagi mereka yang kurang arif 5S, ia adalah satu program kualiti persekitaran yang terdiri daripada sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal.

Untuk julung-julung kalinya, di bawah seliaan Unit Latihan, satu lawatan telah dirangkakan. Lawatan tersebut sambil membuat semakan kad pengenalan, memperbaharui surat beranak yang hilang dan mendaftar kematian sebagainya boleh dilakukan juga. Tempat yang dituju ialah JPN. Bukan di Putrajaya tapi di Oklohama, Jepun. Ini hasil dasar pandang ke timur.

Bagaimana program 5S mahu dijalankan di tempat saya S.U? Aku menyuarakannya. Elok dikeluarkan saja unit saya dari menyertai 5S. Sedang interior masih kelam kabut. Kekisi tingkap dimamah anai-anai. Sarang burung walit di merata sudut. Tahi kucing di atas meja. Tahi cicak di sudut setiap bilik. Pendawaian sengaja diseliratkan. Fail bersepah sana-sini. Damn it! Interior dulu baru exterior difikirkan. Aduyai... Beginilah kalau bekerja dengan orang-orang veteran yang pemikirannya mengalahkan budak-budak. A ha, aku tak maksudkan kau...

Selepas ini di bawah unit seliaan aku, lawatan sambil belajar telah dirangkakan ke Perth, Australia. Dua minggu kemudian ke Helsinki, Finland. Bulan enam ke Carora, Venezuela. Barulah mantap! Semata-mata nak belajar 5S (Sand, Sun, Sea, Sunflower, Sex). Haha! Mereka melantik secara diktator, agar aku mengepelai Jawatankuasa Unit Latihan bagi menjayakan program 5S di sini. Kejam dan keji sungguh!



.

21.4.09

Sesibuknya

Nama saya Kamaruddin O. Kini, memegang jawatan N41. Orang panggil K.O tanpa pengetahuan saya. Tapi, saya tak kisah pun. Apa ada saya kisah? Saya suka simpan borang tuntutan orang bawahan saya sampai sebulan lamanya. Maklumlah, saya sibuk dengan urusan-urusan duniawi terutamanya perasmian masjid, surau, pejabat-pejabat, upacara pecah tanah dan sebagainya. Sehinggakan saya terlupa nak menurunkan tanda tangan saya di atas borang tersebut. Maafkan saya. Saya bukan senghaja.

Baru-baru ini, ada pegawai membeli kereta Grand Livina. Saya bertanyakan kepada dia mengenai jenama kereta tersebut. Dan berapa CC nya. Dan berapa harganya. Saya rasa saya pun hendak memilikinya kerana anak saya dah ramai. Isteri saya baru melahirkan anak yang ke enam. Dan, amat patut saya memiliki MPV itu. Sekian. Ada saya kisah?



.

10.4.09

Terhambur


Akan Datang!

Dengan kiraan 3 2 1 0...
Pemanduan ibarat MPV, Ciri seakan sedan. Betul ke?
Kalau dapat ni, saya akan covert enjin guna kuasa air. Tak guna minyak.



.

9.4.09

Resepi kemesraan


Selalu kau menyumpah-nyumpah atau mengata awek kau masak untuk kau. Tapi, kau tak tahu memasak itu juga cabang seni. Memasak itu juga terapi minda. Memasak itu juga kau anggap mudah selama ini tapi sebenarnya ia ada susahnya. Juga ada cabaran dan menguji minda yang tersendiri. Kalau tak caya, cuba kau masak sendiri. Baru kau tahu, langit tinggi rendah. Dan kau cabar diri kau sendiri. Bukan kau tak tahu tukang masak tersohor adalah dari golongan Adam. Maka, kau pun masaklah ikut resepi yang terlintas di benak fikiran kau. Tak payah masak yang susah-susah menunya. Bukan dapat markah pun. Pilih yang senang saja. Yang kau mampu nak masak. Dan kau tahu bahan-bahannya. Ada beratus ribu menu di dunia ni tinggal kau pilih, mana kau mahu. Rupa-rupanya, apabila kau masak sendiri ada timbul kepuasan yang infiniti di situ. Ada kenikmatan yang tak terhingga yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kau jangan masak sambil membebel. Ukir senyuman di bibir. Dan gembirakan hati yang sedikit kesepian. Kemudian. Ada tuan tanah telefon kau, ajak kau makan. Kononnya dia nak belanja dan mencari jalan supaya permohonan kelulusannya tiada halangan. Ha, inilah masanya kau bagi alasan yang manis di sisi Islam. Maaf encik, saya dah masak menu istimewa hari ini. Menu-menu tersebut adalah seperti di bawah.

Satu. Bayam goreng Tok Guru berperisa kurma. Tanpa ikan bilis.

Dua. Ketam masak lemak cili padi di perantauan. Tanpa sebarang hiasan. Biarkan kecantikan natural.



.




8.4.09

Langkah terhenti

Langkahku semakin guntai.
Ditelan kegelapan hitam.
Sejauh dijilat musim tindih-bertindih.
Sepiku jadi sambung bersambung.
Terus berlangsung sepi begitu.

Sebulan lamanya ibarat setahun menunggu.
Sejam ibarat satu hari lamanya.
Lape je kelik gotu.
Lape je kelik goni.
Jumlahnya enam belas jam.
Tak sama jumlah gaji tiga bulan tak masuk.
Alahai, masaku membesar habis di tengah jalan.
Semoga puteri-puteri kecil sihat di samping permaisuri beta.


.

3.4.09

Secebis

Mesin perakam masa.

Satu sembilan sembilan sifar.

Gua mula berjinak-jinak dengan rokok. Gua curi-curi hisap rokok Gudang Garam yang senang diperolehi stoknya di kedai runcit mak gua. Gua teruja bau Gudang Garam ni, rasanya pun ada manis-manis sikit macam bunga cengkih. Barangkali sedap gua kata. Ada banyak jenis Gudang Garam. Maka, gua tarik sebatang yang ada filter punya, gua on balik pintu belakang kedai tempat gelap. Gua layan sorang-sorang. Tengah gua sedap layan, Abu, jiran gua nampak bara puntung rokok tu. Gua jadi cuak nampak Abu lalu. Gua cepat-cepat padam. Si Abu ni pergi mengadu pulak kat bapak gua. Eleh, tu pun nak mengadu si Abu tu! Nasib baik gua lupakan hajat nak bakar rumah dia. Kemudian, bapak gua panggil gua tanpa mengutus sebarang memo ataupun surat rasmi. Gua duduk menghadap depan dia. Slow talk kat gua. Apasal hisap rokok? Dah banyak duit? Bapak pun tak hisap rokok.. Ko jangan cuba-cuba nak hisap rokok. Nanti kalau dah kerja, dah ada duit sendiri, nak hisap, hisaplah. Itu nasihat arwah bapak gua. Ringkas tapi padat berisi. Gua dah gigil dah. Takut kena hentak dengan kerusi meja yang ada sekeliling dia. Bukan apa, gua ada pengalaman tengok periuk nasi terbang. Memang gua fobia. Nasib baik, dia bagi motivasi sepam dua je. Sekarang, pihak kerajaan bertungkus-lumus menasihatkan orang awam agar tidak menghisap rokok. Letak gambar kerongkong la, gambar paru-paru la. Macam-macam lagilah kempen. Tapi, orang tetap beli rokok dan hisap rokok. Contohilah bapak gua, see dia nasihat sekali je dah jalan. Hasilnya, sekarang pada gua. Gua benci pada rokok. Gua tak suka hisap rokok. Gua lebih suka hisap puting. Haha! Pertama, bapak tak mahu anaknya merokok kerana merokok membahayakan kesihatan perokok dan orang sekeliling. Kedua, bapak tak mahu anaknya terjerumus dengan dadah apabila berjinak-jinak dengan rokok akibat hasutan rakan sebaya. Ketiga, bapak gua nak jadikan gua orang! Bukan orang yang merokok! Patutnya, tauke kedai yang jual rokok tu, letak muka bapak gua kerana bapak gua 'bapa tidak merokok!'.

Satu sembilan sembilan tiga.

Gua berminat sungguh bermain badminton. Tapi takde duit nak beli reket Yonex. Gua yakin, bila mintak pasti tak dapat. Gua ambil keputusan drastik, gua ambil duit pusingan modal mak. Bawah katil mak sorok, gua rembat. Dengan membawa duit syiling berkantung-kantung, gua tukar di kedai runcit mamak dengan wang kertas bagi ringan sikit. Suka giler mamak tu. Macam dapat jongkong emas. Dapatlah gua seratus dua puluh. Gua pergi turun bandar ngan member usya reket Yonex kat Parkson. Duit gua tak cukup. Reket Yonex mahal bai.. Tanpa buang masa, gua angkat satu. Gua bawa balik. Sampai rumah, gua sorok belakang rumah takut kantoi. Tapi, mak gua dah hidu duit pusingan modal dia dah lesap. Bapak gua pun dah syak gua yang rembat. Iyela, sape lagi. Takkan dia nak tuduh kucing yang selalu lepak kat rumah gua. Mustahil! Bila gua masuk rumah, dia tanya gua. Pergi mana tadi? Dengan gigil gua jawab, gi bandar. Beli apa? Dia herdik. Gua terketar-ketar jawab. Tak terkeluar suara gua. Sebenarnya, dia dapat tau gua beli reket. Bukan Yonex. Bapak gua ambil reket tu libas kaki gua sampai patah liuk reket tu. Reket jahanam. Kaki gua calar-balar. Satu sen pun tak guna. Itulah arwah bapak gua. Mengajar gua merangkap anaknay nak menjadi orang. Pertama, dia tak mahu gua jadi pencuri. Kedua, kalau mahukan sesuatu sila minta cara baik. Ketiga, kalau nak main badminton berlatih dulu baru beli reket. Sekarang, bila gua pandang set reket yang gua beli sendiri, gua teringatkan kembali peristiwa ini. Arwah bapak bukan nak mendera gua ikut suka. Tapi, untuk mengajar gua menjadi orang dan seorang pemain badminton yang bukan pencuri. See...

Satu sembilan sembilan lima.

Sebelah pagi, gua sekolah aliran Inggeris. Petang pula sibuk sekolah aliran agama. Apabila ada aktiviti sukan, sebelah petang gua terpaksa ponteng sekolah agama. Gua terpaksa korbankan kelas agama. Satu hari, dah lama gua ponteng sekolah agama kerana menjalani latihan hoki di sekolah aliran Inggeris. Kemudian. Bapak gua hangin satu badan. Satu petang, gua dah ready dengan pakaian sukan. Dengan stick hoki gua. Dah bersiap nak mula jogging dari rumah ke sekolah gua. Hari tu, boleh pulak bapak gua balik awal dari kerja. Dia letak motosikal dia. Dia masuk rumah. Gua ingat dia nak bagi gua bekal air sirap ribena untuk bawak bersukan. Dia keluarkan parang perambat gua keliling kampung. Apa lagi, gua nampak parang gua cabut la. Dia kejar gua, mencicit gua langkah seribu. Akhir sekali gua masuk rumah gua balik. Cari tempat perlindungan. Kemudian, dia tarik baju gua. Rendam gua dua tiga kali dalam kolah. Naik lemas gua. Dia ikat leher gua dengan kain. Adalah dalam sejengkal dia jerut gua. Gua rasa macam kena hukum gantung mandatori pun ada. Apalah nasib gua. Nasib baik, gua tak terkeluar tahi hijau. Tak cukup dengan itu, dia sebat gua dengan tali pinggang. Berbirat belikat gua. Punyalah dia marah, bila gua ponteng sekolah agama dan pentingkan sukan keduniaan. Tapi, gua sedar, arwah bapak nak jadikan gua orang. Tapi, gua masuk jugak pasukan hoki sekolah, akhirnya gua terpilih ke zon daerah. Sekarang, bila gua renung balik piala tu, gua teringat arwah bapak gua. Bila gua susun kitab-kitab di rak, teringat peringatan arwah bapak. Bapak tak mahu anaknya main sukan hinggakan mengabaikan pendidikan agama. Takkkan pandai main sukan je tapi rukun Islam dan rukun Iman sepatah haram tak tahu. Main sukan, sukan jugak. Sembahyang jangan tinggal! See...

Satu sembilan sembilan enam.

Gua tak punya lesen lagi. Gua seleudup kuci kereta bapak gua. Dengan buat-buat pandai gua start kereta bapak gua. Mitsibushi Lancer. Kalau auto, bolehlah gua berlagak tak pegang stereng. Ini kereta manual. Minyak dan clutch pun tak pandai nak balance lagi. Sudahnya, gua langgar tiang lanting tepi jalan. Kereta bapak remuk bahagian depan sebelah kira. Gua jadi cuak, lalu gua lari tinggalkan kereta. Gua pulang cari tempat perlindungan kunci bilik. Sebelah malam, bapak gua panggil gua dengan menghantar adik gua sebagai utusan. Dah, esok pergi belajar sekolah memandu dan ambil lesen D sampai lulus. See, nasib baik gua tak kena hentak dengan telur ayam kat kepala. bab bab telur ni gua sensitif sikit. See, sekarang gua dah ada lesen dan sebuah kereta sendiri. Seingat gua, arwah bapak naik 4-5 kali je kereta gua. Kalaulah, arwah bapak masih ada. Gua tunggu dia kata, ko pergila amik lesen lori pulak. Pergi belajar! Nescaya aku dah beli lori sekarang. See, tinggi benar harapan bapak. Tinggi lagi harapan gua. Maka, satu hari nanti gua nak bawak mak ronda-ronda dengan pemanduan ibarat sedan ciri seakan MPV.

Arwah bapak dah meninggalkan hampir lebih enam puluh hari. Inilah secebis kenangan yang kukuh di ingatan bersamanya. Terima kasih bapak kerana menjadikan saya orang. Bukan orang-orangan. Al-Fatihah...



.