nota hati seorang lelaki kota frinjan yang suka berfikir tanpa kotak dan mementingkan kesempurnaan
17.9.15
Hebat
Setakat terpampang muka depan Buletin kita belum cukup hebat. Hebatnya kita sebenarnya terletak pada orang yang mendorong dan menyokong di belakang kita.
.
11.9.15
17.8.15
Pasukan bola sepak yang nombor jersinya di bahagian belakang tak ikut spesifikasi FIFA
Ini pasukan bola sepak. Pemain-pemainnya bukan bertaraf professional. Pemain separuh masa. Mereka dikumpulkan untuk membentuk pasukan yang terdiri daripada pelbagai kerjaya. Mereka terdiri daripada pengusaha bengkel, usahawan cencalok, peniaga cendol, pengusaha carwash, pemborong tembakau, peniaga online, cikgu tadika, tauke aksesori, pemilik bengkel kimpalan, pemandu pelancing, penghibur, jurufoto DiRaja, tukang jahit, usahawan kedai perabot dan broker saham.
Daripada rekod 5 perlawanan, pasukan ini mencatatkan 1 kali kemenangan selebihnya menanggung kekalahan. Walau bagaimanapun satu pencapaian yang baik kerana kekalahan semuanya adalah kekalahan yang tipis saja bukan kekalahan yang memalukan dengan jaringan bolos yang besar.
Sekarang di manakah pasukan ini?
.
10.8.15
Sematkan semangat
Apa yang penting menyematkan semangat patriotisme kenegaraan kepada power ranger merah, kuning, hijau dan biru. Power ranger pink sibuk memasak.
.
12.7.15
Ramadhon part 6
Jasa terhebat Dr.Mahathir. Kenapa ramai yang menyokong Tun M sekarang. Baca ni...
Serangan Waktu Subuh
Diterajui oleh mantan PM kita, iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamed. Projek hebat yang berlaku pada September 1981 di mana Malaysia mengejutkan Kerajaan British dengan pengambil alihan Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope (Ketiga-tiganya syarikat British pd masa tu) melalui projek khas dikenali sebagai Projek Serbuan Subuh dengan membeli saham di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari oleh sesiapa. Apa yang menariknya projek yang diterajui oleh Tun Mahathir itu yang menghantar 4 orang antaranya (Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghafar Baba) bukan saja berjaya membawa kembali beratus ribu ekar tanah milik Malaya, malah tanah-tanah lain kepunyaan ketiga-tiga syarikat perladangan tersebut di seluruh dunia dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM36 Billion.
Serangan tersebut dilakukan pada waktu subuh kerana dalam dingin subuh hatiku terusik. Kenang nasib diri di rantauan. Bergema takbir raya menitis air mata. Terbayang suasana permai desa. Rindu hati ini inginku kembali. Pada ayah bonda dan saudara. Tetapi aku harus mencari rezeki. Membela nasib kita bersama...
**ulang chorus
Sekian. Selamat berpuasa.

10.7.15
Ramadhon part 5
Berhati-hati semasa ke Bazar Ramadan. Semalam pergi niat dihati nak beli air tebu saja.
Semasa melalui gerai jual kuih dan muih, beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang. Ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi. Wajik dan dodol jangan lupakan peninggalan nenek zaman berzaman. Asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raya lupa nak diberi.

Subscribe to:
Posts (Atom)