nota hati seorang lelaki kota frinjan yang suka berfikir tanpa kotak dan mementingkan kesempurnaan
12.5.16
Tanpa beza
Pada satu majlis VVIP. Saya bertugas sebagai kameraman. Saya suka tugas ini sebab saya sukakan seni fotografi. Merakam segala aktiviti daripada mula sampai habis. Tak payah paksa-paksa saya. Tahulah saya jalankan tugas saya secara sukarela.
Tapi saya sedih. Kalau saya tak bertugas sebagai kameraman. Maka saya sebaris dengan tetamu kehormat yang lain. Tapi sayang, manusia zaman sekarang hanya memandang penampilan luaran. Apabila saya mengenakan kostum jurukamera. Bersalaman dengan saya pun tak mahu. Ingat! Dunia ini bersifat sementara. Taknak berjabat tangan dengan saya pun tidak mengapa. Tapi tolonglah, hormati saya. Dan jangan membezakan orang itu disebabkan karier atau jawatannya. Tak baik tau! Berdosa..
.
10.5.16
Pengorbanan ayah sado
Malam itu. Makan bersama. Hidangan macam-macam. Penuh meja. Ayah macam biasa. Makan penuh selera. Anak-anak ayah juga begitu.
Koma.
Kedengaran suara anak ayah setakat ini yang paling bongsu. "Ayah, tak habiss.."
"Bak sini, ayah habiskan. Rezeki jangan dibuang-buang.."
Lalu ayah menyuap makanan ke mulutnya satu-persatu. Dengan perlahan.
Koma lama.
Belum sempat habis. Kedengaran suara beikutnya.
Koma lama.
Belum sempat habis. Kedengaran suara beikutnya.
"Ayah, tak habiss.."
"Bak sini, ayah habiskan. Rezeki jangan dibuang-buang.."
Akhirnya, ayah habiskan semua. Pada mulanya ayah makan ikut keperluan. Tapi ayah kena berkorban untuk habiskan semua makanan anak-anak. Yeay! Ayah sado!!
.
4.5.16
Lihat dua belah
Dalam satu mesyuarat.
Aku memberikan cadangan begini begitu. Macamni macamtu.
Di akhir mesyuarat. Aku yang mencadangkan tetapi tindakan tidak diambil alih oleh ahli mesyuarat. Sebaliknya aku yang kena buat apa yang aku cadangkan. Apa guna mesyuarat? Kau cadang dan kau sendiri buat?
Dalam mesyuarat yang lain pula.
Aku hanya membisu. Malas aku nak mencadangkan apa-apa.
Takut aku pula yang terkena lagi. Apa guna mesyuarat kalau ahli diam membisu? Datang hanya makan karipap?
Dalam mesyuarat yang lainnya.
Aku tiada dalam mesyuarat. Aku mewakilkannya. Pengerusi mesyuarat sedar ketiadaan aku. Lalu pengerusi memohon agar aku dipanggil untuk hadir mesyuarat. Apa guna mesyuarat?
Kau cadang kau sendiri buat?
Kau hanya diam buta membisu?
Kau datang nak makan karipap?
Atau kehadiran kau amat diperlukan kerana ketiadaan kau amat dirasai.
Positif.

Surat Hari Famili G4L4
Rujukan kami : Bil (1) dlm G44L/FD/01/2016(1)
Tarikh : 21 April 2016
Kepada : Semua CREW G4L4
Assalamualaikum & Salam Muafakat
Perkara : FD G4L4 2016 dengan tagline sementara : "Jatuh Bangun Bersama"
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman semua CREW. Hari Famili (HF) datang lagi kali ini dengan perisa Lemonade Berpudina, menawarkan kegembiraan yang maksima dan keriangan yang berpanjangan. HF G4L4 telah diputuskan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 5 Nov 2050
Durasi : 2 hari 1 Malam
Masa : 8:00 am (tayar golek)
RV : Stadium Kuantan
Tempat : Tg. Buah Bidara Beach Resort, Netherland
Longlat : 20.29351, 102.087472
Web rujukan : takjumpapantai.com
Masa perjalanan dari Kuantan : +~20 jam (motokar)
Kapasiti : Terhad 96 Keluarga (first come basis)
Bajet kasar : RM2500/ famili
Bajet halus : akan diperincikan kemudian
3. Untuk tujuan itu, pelawaan ini terbuka kepada semua CREW yang berminat tanpa didesak atau diugut, perlu menjelaskan deposit sebanyak RM100. Tarikh akhir bayaran deposit adalah sebelum atau pada 31 Mei 2016.
4. Manakala baki wang perbelanjaan penuh hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 12 Sept 2016. Cepat, tempat terhad. Penarikan diri selepas 1 Sept 2016 wang deposit anda tidak dikembalikan. Harap maklum kerana kami perlukan CREW yang tidak memperkotak-katikkan organizer begitu saja. Kendatipun begitu, mungkin* wang deposit itu akan digantikan dengan kuih karipap gergasi berintikan daging.
5. Untuk info, pelaburan CREW utk HF kali ini adalah merangkumi perkara-perkara berikut :
a) Penginapan nyaman nak mampus!
~ free hi speed wifi internet
~ free local self parking
b) Sarapan pagi berkualiti enak!
*+~RM 200
c) Fasiliti yg lengkap termasuk kolam renang & pantai berpasir mulus!
d) 1 Famili : RM50 (collection)
* Lucky Draw
* Doorgift
* Dinner with theme (TBA)
* BBQ
* Telematch (TBA)
e) Kostum HF RM25/pieces ~ terbuka kepada semua CREW (TBA)
6. Sehingga kini, 20 famili telah memberi komitmen untuk menyertai HF ini atas faktor kerelaan hati dan merapatkan ukhuwah fillah.
7. Komitmen dan penglibatan CREW dalam menjayakan program yang paling berprestij ini diharapkan dapat memeriahkan lagi suasana.
Sekian, terima kasih
Yang Menjalankan Tugas,
A. Astakona
Sekretari II G4L4
s.k : pengasas, peneraju, pencetus, pentadbir jajahan, pentadbir kawasan (tulisan ini italic)
Nota :
2 pertandingan akan dibuka kepada semua CREW utk tagline HF. Manakala tema utk HF telah ada pemenang.
.
20.4.16
Kopiah
.
Aku berhenti solat Subuh di sebuah surau kampung tepi jalan. Surau papan bertiang. Aku saf paling belakang sekali tiga orang. Aku kanan skali. Masa itu pak imam rukuk. Terdengar bunyi motor Honda Cup baru sampai, kemudian terdengar seseorang tergesa-gesa berjalan, terus berdiri sebelah aku, angkat takbir dan terus rukuk ikut imam.
Masa imam sujud semua ikut. Tiba-tiba aku dengar KUK! Bunyi benda terhantuk kuat sebelah aku. Ya Allah, kata makmum baru sampai tadi. Dia bangun buat sesuatu dan angkat takbir semula terus ikut imam hingga selesai solat.
Dia sambung rakaat yang tertinggal. Setelah selesai aku tanya apa dia yg bunyi tadi? Dia senyum dan berkata lupa nak buka helmet. Keras perut aku tahan ketawa.

26.3.16
Subscribe to:
Posts (Atom)