22.1.16

Tak banyak yang ingin dinukilkan hari ini




Tak banyak yang ingin dinukilkan hari ini. Cuma nak beri sedikit info seperti berikut :

ANTARA
Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit
1. Delima
2. Yogurt
3. Bawang putih
4. Bawang besar
5. Teh hijau
6. Oat
7. Labu
8. Brokoli

Tiga perkara membawa penyakit
1. Banyak bercakap
2. Banyak tidur
3. Banyak makan

Empat perkara merosakkan badan
1. Dukacita
2. Sedih
3. Kebulur
4. Tak tidur malam

Empat perkara menambah seri wajah
1. Taqwa
2. Jujur
3. Pemurah
4. Jaga kehormatan

Empat perkara manambah rezeki
1. Qiamullail
2. Banyak istighfar 2/3 malam
3. Biasa bersedeqah
4. Berzikir waktu awal pagi dan petang

Empat perkara menjauhkan rezeki
1. Tidur waktu pagi
2. Sedikit bersolat
3. Malas
4. Makan sebelum mandi hadas


.

9.1.16

Sepagi dan sepetang

Suatu hari. Petang. Aku didatangani perempuan yang kononnya cantik. Lalu menyapa aku. Aku menjawab sapaannya semula. Ia seperti biasa. Lalu suara kedengaran, "Dahla... Saya datang sini, bos tak mau layan. Sombong... Janganlah serius sangat, buat kerja" sambungnya lagi. Aku diam. Ketawa kecil.

Sebelah pagi. Aku menerima panggilan telefon. Suara dari dalam telefon aku jawab. Penuh berhemah. Lemah-lembut gemalai. Suara itu merayu untuk lari dari mesyuarat. Dikhuatiri dicop mempunyai kepentingan. Tidak perlu risau kawan. Tidak perlu takut kawan. Kau hadir saja, bukan pengerusi mahu tangkap kau. Apa yang lebih utama kau jangan nampak ada kepentingan peribadi. Itu saja.

Maaf, aku sedang memikirkan amal yang tak berapa cukup untuk dibawa mati. Dan juga solat lima waktu yang sering terabai. Oh, banyaknya hutang solat aku kepadaMu Tuhan. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku.



.

27.12.15

Berpasangan

Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon dijawab dgn jujur di dalam hati masing-masing..

1. Allah menciptakan tertawa dan ______
2. Allah itu mematikan dan ______
3. Allah menciptakan lelaki dan ______
4. Allah memberikan kekayaan dan ______

Kebanyakan kita tentu akan dapat jawab dgn mudah
iaitu :
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan
Tapi bagaimana no.4?

Adakah jawapan kita "kemiskinan"???

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah SWT di dalam Surah An-Najm ayat 43-45,
dan 48, sebagai rujukan:

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(Surah An-Najm : 43).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan."
(Surah An-Najm : 44).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. "
(Surah An-Najm : 45).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan."
(Surah An-Najm : 48).

Ternyata jawapan kita semua betul dalam memberi jawapan dari no. 1-3, tetapi untuk jawapan untuk no. 4 ramai terkeliru dgn apa yg Allah SWT janjikan.

Jawapan Allah Ta'ala dalam al-Qur'an bukan "kemiskinan", tapi KECUKUPAN.

Subhanallah..

Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yg "menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yg sentiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa
miskin!

Jadi, marilah kita bangkitkan rasa kesyukuran dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita
menjadi hamba-Nya yg selalu bersyukur.
Aaaaminnnn.

اللهم صل على محمد


.

13.10.15

Basikal ini nenek yang belikan


Terima kasih nenek!
Basikal ni dah sampai ajal. Arif tak boleh naik lagi.
Besinya tak tahanlah nenek..
Ayah dah jual basikal ni kat besi buruk.



.

17.9.15

Hebat



Setakat terpampang muka depan Buletin kita belum cukup hebat. Hebatnya kita sebenarnya terletak pada orang yang mendorong dan menyokong di belakang kita.



.

11.9.15

Tumpang


Takkan nak jawab tak boleh!


.