---
Di sini kita berdiri memahat harapan tinggi
Menjahit kota dengan semangat lestari
Bangunan-bangunan berwajah kaca berakar baja
Mencakar langit menyulam mega.
Di lorong sempit dan jalan berliku
Ada jejak lelah tapi tetap berpadu
Cabaran kesesakan pencemaran yang melata
Namun kita teguh demi impian yang nyata.
Sedaya upaya membina teguh dan pintar
Bandar mampan setiap ruang terpelihara benar
Di bawah naungan teknologi hijau bersatu harmoni,
Bagi bumi dan insan masa depan lestari ini kita janji.
Bukan sekadar besi dan batu dihampar
Namun tenaga suria, angin yang berputar
Di setiap penjuru kota pintar dan maju
Di sana ada nafas alam, ada cinta bersatu.
Hari Perancangan Bandar Sedunia ini,
Kita bangkit, berjanji dan berbakti
Sedaya upaya membina bandar idaman
Untuk generasi seterusnya demi bumi bertahan.
#DemiPertiwi
---
nota hati seorang lelaki kota frinjan yang suka berfikir tanpa kotak dan mementingkan kesempurnaan
16.10.25
Sajak Belum Ada Tajuk
Hanya tempuhi
LaLemaninoAsasino
"Sekian lah dari kami harap dapat nombor syyaaatuuu."
Korang memang best tapi pankreas aku jadi letih 😃
___
Pertama sekali, gwa ingin mengucapkan syukur dan terima kasih kerana kita semua dapat membuat persembahan dengan jayanya dengan lancar. Just enjoy the show.. Gwa cakap inggeris.
Sebagai ketua kumpulan koir, izinkan gwa berkongsi sedikit perjalanan kita semua. Dari saat pemilihan ahli, pemilihan lagu, pemilihan kostum, pemilihan nama kumpulan pastinya prinsip gwa adalah suka mendapat kata sepakat dari semua. Di kala, sedang memikirkan siapa yang ingin jadi pengurus pasukan koir ini, gwa buntu kerana gwa dipinta untuk melaksanakan tugas ini. Maka, gwa ambil keputusan pegang 2 topi iaitu ketua dan merangkap pengurus. Walhal gwa sedar, ada beberapa portfolio lain di tangan. Berat! Tak mengapa, gwa harungi setakat mana yang mampu. Kendatipun begitu, gwa amat bersyukur kerana dikurniakan ahli-ahli yang sporting, membantu dan 'masuk air'. Banyak membantu urusan.
Kita semua datang dengan latar belakang berbeza. Ada yang memang minat menyanyi, ada juga yang pada awalnya segan-segan tapi akhirnya bersetuju untuk turut serta. Apa yang penting, semua sanggup melangkah keluar daripada keselesaan masing-masing untuk menjayakan pasukan ini.
Gwa akui, bukan mudah menyatukan jadual semua orang. Dengan tugasan kerja harian, tanggungjawab keluarga dan kekangan masa yang sering menjadi cabaran, ada kalanya latihan kita terpaksa dibuat pada waktu yang agak mencabar. Namun, apa yang membanggakan ialah semangat dan komitmen semua ahli yang tetap hadir walaupun penat dan sibuk.
Hari ini, kita tidak hanya meraikan kejayaan kita sebagai satu kumpulan koir tetapi juga meraikan semangat kebersamaan, persahabatan dan kesungguhan yang terjalin sepanjang perjalanan ini. Bagi gwa, itulah kemenangan yang sebenar.
Akhir kata, gwa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan, cikgu serta semua pihak yang memberi sokongan dan dorongan. Semoga dengan semangat ini, kita dapat terus bergembira, terus berpasukan dan mungkin siapa tahu melangkah lebih jauh dengan harmoni suara kita.
Sekian, terima kasih atas Anugerah Koir Harapan.
Ucapan Ketua Kumpulan Koir
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam mesra buat semua.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur dan terima kasih kerana kita semua dapat membuat persembahan dengan jayanya dengan lancar. Enjoy the show..
Sebagai ketua kumpulan koir, izinkan saya berkongsi sedikit perjalanan kita semua. Dari saat pemilihan ahli, pemilihan lagu, pemilihan kostum, pastinya prinsip saya adalah suka mendapat kata sepakat dari semua. Di kala, sedang memikirkan siapa yang ingin jadi pengurus pasukan koir ini, saya buntu kerana saya dipinta untuk melaksanakan tugas ini. Maka, saya ambil keputusan saya pegang 2 topi iaitu ketua dan merangkap pengurus. Walhal saya sedar, ada beberapa portfolio lain di tangan. Tak mengapa, saya harungi setakat mana yang mampu. Kendatipun begitu, saya amat bersyukur kerana dikurniakan ahli-ahli yang sporting, membantu dan masuk air demi memudahkan urusan saya. kita semua datang dengan latar belakang berbeza — ada yang memang minat menyanyi, ada juga yang pada awalnya segan-segan tapi akhirnya bersetuju untuk turut serta. Apa yang penting, semua sanggup melangkah keluar daripada keselesaan masing-masing untuk menjayakan pasukan ini.
Kita akui, bukan mudah menyatukan jadual semua orang. Dengan tugasan kerja harian, tanggungjawab keluarga dan kekangan masa yang sering menjadi cabaran, ada kalanya latihan kita terpaksa dibuat pada waktu yang agak mencabar. Namun, apa yang membanggakan ialah semangat dan komitmen semua ahli yang tetap hadir, walaupun penat dan sibuk.
Hari ini, kita tidak hanya meraikan kejayaan kita sebagai satu kumpulan koir tetapi juga meraikan semangat kebersamaan, persahabatan dan kesungguhan yang terjalin sepanjang perjalanan ini. Bagi saya, itulah kemenangan yang sebenar.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan, jurulatih, serta semua pihak yang memberi sokongan dan dorongan. Semoga dengan semangat ini, kita dapat terus bergembira, terus berpasukan, dan mungkin siapa tahu — melangkah lebih jauh dengan harmoni suara kita.
Sekian, terima kasih.