4.1.25

UCAPAN PERPISAHAN SEMENTARA

 


 اَلْحَمْدُ للّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ اَشْرَفِ اْللأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ

سَيِّدِناَ وَمَوْلٰنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ، اَمَّا بَعْدُ.


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam Peneraju Perancangan Bandar dan Desa ke Arah Kesejahteraan Rakyat dan Kemakmuran Negara Menjelang 2030.


PERMULAAN

Terima kasih, saudara dan saudari pengacara majlis.

Kredit untuk video montaj saya yang ditayangkan tadi kepada Biro Penerangan KKS PPZS. Khususul khusus En. Zamri. I like it.

YBrs. Pn. Noraida binti Abdul Rani
Pengarah Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS)

YBrs. Gs. Fitri binti Abd Rahman
Pengurus Projek URP3 (N/A)

YBrs. Gs. Hj. Rosli bin Yusop
Pengurus Projek URP5 merangkap Pengerusi KKS PPZS

YBrs. En. Khaizal bin Maarif 
Pengurus Projek URP4

YBrs. En. Qua Jen Min 
Pengurus Projek URP1

YBrs. En. Yahya Ahmad bin Omar
Pengurus Projek URP2 merangkap Timb. Pengerusi KKS PPZS

YBrs. Pn. Elvi Susanti binti Drs Lahmuddin Yusof
Ketua Unit Pemantauan

YBrs. Pn. Faizah binti Ab Wahid
Ketua Unit Penyelarasan Maklumat Perancangan (N/A)

YBrs. En. Ishak Mahat
Ketua kerana (CC)

Semua Pegawai dan Semua anggota PPZS yang dikasihi sekalian.


SOROTAN SEPINTAS LALU

Mengimbau sepanjang bertugas di Pejabat Projek Zon Selatan sudah barang tentunya ada peristiwa suka, duka, pahit dan manis yang tercatat dalam simpanan memori di hati sanubari saya. Kendatipun begitu, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

            Lagi ditutuh lagi ditebang,

     Dibuat mari ampaian kain;

Tempat jatuh lagi terkenang,

     Kononkan pula tempat bermain.

Bermula dari zaman Pengarah, Tn. Hj. Suhaimi Sarpan, kemudian  En. Norjafni Zainuddin. Kemudian, En. Mohd. Sukuran Taib. Disusuli En. Abdulhan Abd. Lamit, Dr. Dzul Khaimi Khailani dan kini Pn. Noraida Abd. Rani. Enam pengarah telah dilalui. Bermacam style dan gaya kepimpinan. Fuhh.. punyalah lama sampai enam Pengarah bertukar.

Menyentuh soal pergerakan aras pula boleh dikatakan ketiga-tiga aras aras saya telah merasa, bermula aras 7, kemudian turun 6 dan naik aras 8. Pernah menanggung tugas K. UPMP, Pernah menanggung tugas pegawai di URP2 (semasa En. Muhammad Hussaini bin Haron jadi pengurus projek), Pernah menanggung tugas K. UP.

Dalam ucapan puan pengarah dan tayangan video montaj sebentar tadi telah menceritakan segalanya. Tak perlulah saya ulang kejayaan yang tercipta. Yang kita cipta. Yang membentuk aura positif semangat perjuangan bersama. Saya akan mengungkap sisi yang berbeza yang mungkin kalian tidak tahu dan bolehlah mengenali lebih lanjut tentang saya yang mungkin meleset sangkaan tuan-puan. Sisi pembongkaran rahsia. Sisi gila-gila. Hahaha..

Saya perkenalkan nama saya Saifuddin bin Marsuk. Darah O+, biasanya darah jenis ini memang suka ke hadapan. Suka jadi ketua. Anak ke-2 daripada adik beradik. Anak ke-2 memang pelik sedikit. Tak percaya mana yang dah ada anak. Tengok anak ke-2 masing-masing. Pasti lain. Anak ke-2 saya sendiri pun sangat berbeza karekternya. Saya mempumyai 4 orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan. Seorang isteri. Alhamdulillah, tahun ini dapat berpuasa bersama isteri dan solat berjemaah. Haha.. 

Boleh dikatakan saya amat gembira dan rasa seronok sepanjang berkhidmat di PPZS kerana pasukan yang ada ini ibarat seperti keluarga besar saya dan semangat kekitaan yang terbina menjadikan suasana kerja menjadi seronok. Kalau seronok tugas yang datang dapat digalas dengan baik. Namun apakan daya, pusingan kerja dibuat saya sendiri yang memohon untuk keluar kerana sepanjang perkhidmatan belum pernah ke ibu pejabat. Sudah tiba masanya untuk saya. Apalah kiranya saya kembali ke ibu pejabat. Siapa tahu suatu hari nanti saya kembali semula ke sini sebagai pengurus projek. Aamiin… Doa sama-sama. Doa yang baik-baik.


PERKONGSIAN PRINSIP BERTUGAS

 Baik, di dalam melaksanakan tugas di PPZS ada beberapa prinsip saya terapkan dan saya pegang.

 

وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوٰىۖ وَلَا تَعَاوَنُوْا عَلَى الْاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“…Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksa-Nya.” (Al Maidah: 2)

Ini yang saya pegang. Tak kisahlah apa jua tugas yang diberi atau ada yang memohon pertolongan. Selalu ringankan tulang membantu. Jika pengarah atau pengurus projek meminta tolong saya pegang ayat ini. Insha Allah kalau kita permudah tugas orang, tugas kita Allah mudahkan. Alhamdulillah, Allah mempermudah urusan. Menjaga keluarga dan dihargai dalam pelbagi bentuk yang tanpa kita sedari.

Yang kedua, saya membaca dan menelaah buku RULES of Management atau RULES of Work oleh Richard Templar. Jika berkesempatan tuan puan boleh baca. Ia amat berguna membantu untuk mengurus pasukan, mengurus diri dan mengurus organisasi. Ini saya jadikan panduan.

Saya suka mengambil kesempatan ini dan berkongsi konten buku ini sepintas lalu. Saya miliki yang jenis kombo. Penulisan jenis kombo dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1.    Mengurus Pasukan: 37 Rules
Satu contoh, Hormati perbezaan individu

2.    Mengurus diri sendiri: 70 Rules
Satu contoh, Jadilah pro aktif bukan reaktif dan Jadilah konsisten

3.    Mengurus organisasi: 10 Rules
Satu contoh, Kekalkan perhubungan dan persahabatan yang baik

Prinsip yang lain saya pegang adalah kerja jangan bertangguh, jangan tolak kerja dan jangan berkira. Dan tentu kerja niatkan ikhlas dan ibadah kerana Allah.

Menurut Danzel Washington, "
Pekerjaan anda bukan hidup anda. Ia hanya satu pekerjaan. Sebabnya.

1. Syarikat/ Organisasi anda bukan keluarga anda. Syarikat wujud untuk bermotifkan keuntungan dan tidak bertanggungjawab untuk kesejahteraan peribadi anda.

2. Rakan sekerja anda bukan kawan anda. Perlu diingat bahawa mereka adalah orang yang mempunyai minat dan motivasi mereka sendiri.  

3. Jika sesuatu yang buruk berlaku kepada anda, organisasi anda boleh menggantikan anda dengan mudah.

4. berhenti mempercayai keuntungan korporat yang direka untuk memperhambakan anda kepada pekerjaan. 
5. Datang ke tempat kerja anda lakukan kerja anda mendapat gaji dan pulang ke rumah.
Ingat bahawa terdapat lebih banyak perkara untuk hidup daripada kerjaya anda.

Buya Hamka pernah berkata, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.”

Sekali baca, agak keras perumpamaan yang diwariskan kepada kita. Jika dibaca untuk kali kedua, memang ada benarnya pesanan ini buat kita, buat mereka yang berfikir dan mencari erti dalam hidupnya.

Dalam pesanan itu, Hamka telah menarik perhatian kita terhadap dua perkara yang menjadi kepentingan dalam hidup manusia iaitu hidup dan kerja. Namun, perumpamaan manusia dengan kera dan babi di hutan itu yang membuatkan kita terfikir serta merenung akan makna di sebaliknya.

Mesej yang ingin disampaikan oleh kata-kata Hamka ialah, manusia perlu mencari erti pada kehidupannya, jika tidak, kehidupan manusia akan sama dengan kehidupan haiwan, sedangkan kehidupan manusia jauh berbeza dengan kehidupan haiwan. 


IMBAUAN MENYOROTI MASA

Baik, bila mengimbau sedari mula saya menjejakkan kaki di PPZS iaitu pada 15 Mac 2019: URP4 (setahun lebih). In total hampir 6 tahun saya di PPZS. Cuma ditawarkan kenaikan di tempat yang sama. Syukur plus 2 tahun.

 URP4 bermula segalanya. Di kala itu pengurus projek En Abdulhan bin Abd Lamit dan pegawai lain Pn Haibenarisal binti Baijuri, En. Mat Shasir Bin Abd. Rahman (telah bersara), En. Shahrizaila Bin Mahmud (join selepas itu), Pn. Rajijah Binti Khamis (telah bersara), Pn Rosidah binti Ali, Pn. Fairuz Binti Muhamad Zain, En. Abdullah bin Zulkafeli, En. Mohd Zaidi Bin Ali, Pn. Nur Ellyanie binti Shapiee (join kemudian).

Terima kasih sumbangan, bantuan dan tunjuk ajar kalian di URP4. Ingat lagi? Penghujung RSN Johor 2030. Membetulkan gambarajah utama. Kemudian, bermula RTD Muar 2030 (penggantian) bagaimana mengurus perunding yang terlalu teoritikal (kena buat kerja lebih, hahaha), Bagaimana mengurus bantahan yang ratusan banyaknya sekitar 800++, Bagaimana mengurus mengagih kerja yang bertubi-tubi, Projek Show Case Sempadan Tampin-Pulau Sebang. En. Nazri Dali ketika itu juga membantu saya. Terima kasih.

Bagaiaman dalam masa yang sama mengurus sektor dalaman S.A untuk RTD Muar, Bagaimana mengurus pegawai-pegawai luar biasa perangainya di PBT, Bagaimana mengurus tugas zaman covid. Mencabar..

Kemudian datang RTD Alor Gajah 2035 (penggantian). Diarahkan untuk melaksanakan sektor dalaman kemudahan masyarakat, Bagaimana mengurus pengumpulan data semasa kovid, Menjalankan kajian semasa kovid meeting online, Persiapan hari raya dan gotong-royong. Itu semua mematangkan dan mewarnai tugas seharian kita. Semua ini bukan saya. Tapi sebagai satu pasukan yang utuh!

Tuan-tuan dan puan-puan,

Semasa menjejakkan kaki di PPZS kalau diimbau kisah manis pastinya tidak dapat dilupakan. Apa saja yang saya tak pernah buat, selain kerja-kerja hakiki. Katakan di sini. Pernah menternak ikan laga (betta fish) di pejabat. Pernah menanam kelapa bonzai di pejabat. Ini berlaku masa Covid.

Penghujung 2021. Saya telah anggap semua sebagai anggota keluarga saya. Kediaman dilanda banjir. Terima kasih atas bantuan pembersihan dan sokongan moral.

             Harus diingat kita hanya musafir

Yang didatangkan hanya sementara

Menghunikan alam

Dan pasti akan dijemput

untuk pulang

Dijemput pulang…

Dijemput pulang…

Selepas itu, pada kala kerusi Ketua UPMP dikosongkan, pengarah perlu memikirkan siapa yang harus diletakkan di bawah. Pada 1 November 2021, pengarah memutuskan untuk meletakkan saya selaku Ketua Unit UPMP. Istilahnya untuk sementara mula-mula. Kemudian jadi sementara lama. Tidak mengapa saya ok saja. Kerana saya memang lebih suka jadi ketua. Daripada ada ketua tapi tidak berguna. Hahaha...

Team UPMP ketika itu, En. Mohd. Izzuan Ramli, En. Shamsur bin Othman (telah bersara), En. Mohd Zaidi bin Ali (beliau mengikut saya atau saya mengikut beliau haha), En. Muhammad Hafeez bin Mohamad, Nur Anis Natrah binti Rosman (telah berpindah), Pn. Norazreen binti Masran (bertukar ke unit 2), Pn. Norasna Nadia binti Adzis dan Pn. Fatin Nabighah binti Nazri (yang menggantikan Pn. Norazreen .

Di kala itu, banyak pengalaman yan dipelajari. Bagaimana kita bersama-sama menggerakkan jentera UPMP di samping beberapa projek LCRP di tangan. Mengurus projek laluan basikal (sambungan), Projek kolam tadahan (sambungan), Projek Taman Bandaran dan mesyuarat-mesyuarat utama di peringkat ibu pejabat. Masa ketika ini juga belajar mengurus giliran semasa covid. Datang bertugas walaupun positif covid kerana komited (Cuma masa tu dah hujung-hujung covid, jangan bagitahu sesiapa. Sini habis sini.), membuat ketupat gergasi, membuat galeri info UPMP, mengadakan jamuan UPMP, membuat video raya di tangga.

             Tiada salam atau ucapan

Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang oh

Pada waktu ini juga, saya tidur di pejabat gara-gara kumpulan KIK. Tidur 2 malam di aras 6. Bukan tidur saja-saja. Siang kerja hakiki. Hanya malam masa yang ada. Alhamdulillah tiada gangguan. Kenangan manis. Team KIK sambung kerja di Mc.D. Terima kasih memori itu. Dayah, Ellyani, Fariz, Fatin, Hazlan, Melysha, Nazri, Reen dan Siti Amirah (join kemudian)

Terima kasih atas bantuan. Banyak kita belajar. Horizon baharu KIK. Maaf jika ada perkara yang terlalu mendesak dan memaksa. Niat saya bukan apa-apa hanya demi kebaikan semua.

Team hebahan dan promosi bagi kursus Seminar Bandar Rendah Karbon yang diadakan pada Mei 2023 di Hotel Mudzaffar MITC. En. Mahathir, En. Wan Muien dan En. Amirul Hakim. Terima kasih atas bantuan. Banyak perkara kita sama-sama belajar sebagai sebuah pasukan. Maaf jika ada perkara yang terlalu mendesak dan memaksa untuk kesegeraan. Niat saya bukan apa-apa hanya membina kompetensi diri tuan-tuan.

Menanggung tugas UP juga satu pengalaman yang bermakna walaupun sekejap. En. Muhammad Norsyahmi bin Khairil Anwar, En. Norhazlan bin Sarimon, Pn. Hjh. Hana Arlina binti Shahar, Pn. Nurul Huda binti Zainal Abidin, Pn. Nor Asikin binti Md. Ghazali dan En. Mohd. Amirol Hakim bin Rosli. 

Walaupun sekejap namun banyak yang dapat dikongsi untuk bekerjasama. Lawatan tapak. projek pemantauan RT Gemas. Kaki sebelah di upmp. Kaki sebelah di UP. Tujuan hanya satu, untuk membantu pengarah. Kalau kita tidak boleh membantu, jangan pula kita menyusahkan. Membantu pengarah untuk membuat keputusan bukan memberi masalah. 

Kemudian pada 4 September 2023, saya dinaikkan pangkat dan dianikkan aras ke URP5 sehingga kini. Team terdiri daripada Gs. Hj. Rosli bin Yusop (Pengurus Projek), Pn. Mlysha Nurshyla binti Abdul Rahim (telah bertukar). Diganti En. Muhammad Azan bin Mohamed Shukor, En. Zamri bin Mohamad, Pn. Siti Zamzurina binti Samsudin, En. Donny Linan, En. Khirul Anuar bin Abu Bakar, Pn. Nurul Ain binti Zakaria dan En. Mohamad Kamil bin Zakaria. Team ni pace dia slow namun not bad. Janji arahan clear akan jadi ok.

Masih ingat bagaimana kita bersama-sama membina rumah pusaka rumah kayu, Bagaimana kita mengurus kursus Pengiraan Model Pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) Dalam Perancangan Pembangunan Bandar Rendah Karbon Iskandar Puteri, pada 4 - 5 September 2024 di MBIP. Bagaimana kita bergerak sepasukan, Bagaimana kita membuat persiapan gerai raya, Bagaimana kita sering berpotluck, Terima kasih atas sumbangan dan bantuan kalian. Maafkan jika ada khilaf. Saya sentiasa memberikan yang terbaik. Untuk URP lima sayan tangguhkan kredit seketika kerana pastinya ada acara khas untuk itu. Hahaha.

             Dari desa ku merantau
                    Ku memburu cita-cita
            Walau apa rintangannya
                    Ku cuba mencari bahgia

Lima kali sambutan hari raya di PPZS tidak akan dilupakan. Meriah dan sporting. Sudah pastinya yang menjadi tulang belakang bagi memeriahkan acara ini adalah anda semua. Tahun ni kalau raya jemputlah saya. Haha.

Insha Allah tuan-puan saya masih ada sehingga 28 Januari 2025. Masih ada lagi tugas-tugas yang perlu diselesaikan utk RTD Rembau dan RSN Johor. Dalam nota serah tugas nanti saya pastikan ianya minima. Haha..

Insha Allah saya akan melapor diri pada 3 Februari 2025 di BRFN tanpa penangguhan. Doakan saya terus sihat dan cemerlang. Doakan kejayaan saya.

 

وَعَسٰۤى اَنۡ تَكۡرَهُوۡا شَيۡـــًٔا وَّهُوَ خَيۡرٌ لَّـکُمۡ​ۚ وَعَسٰۤى اَنۡ تُحِبُّوۡا شَيۡـــًٔا وَّهُوَ شَرٌّ لَّـكُمۡؕ وَاللّٰهُ يَعۡلَمُ وَاَنۡـتُمۡ لَاتَعۡلَمُوۡنَ

 

...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 216)

Suka saya kongsikan kata-kata dari Danzel Washington

Kejayaan menuntut 8 perkara

1. Kerja keras; Jangan percaya kepada nasib, percaya kepada kerja keras

2. Sabar; Jika anda kehilangan kesabaran, maka anda kalah dalam pertempuran

3. Pengorbanan; Jika anda tidak berkorban untuk apa yang anda mah, maka apa yang anda inginkan menjadi pengorbanan

4. Konsistensi; Konsistensi adalah apa yang mengubah purata menjadi kecemerlangan

5. Disilplin; Motivasi membuat anda pergi tetapi disiplin membuatkan anda terus berkembang

6. Keyakinan diri; Keyakinan tidak seperti mereka akan menyukai saya. Keyakinan adalah saya akan baik-baik saja jika mereka tidak menyukai saya

7. Sikap positif; Sikap positif tidak akan menyelesaikan semua masalah anda tetapi ia akan mengganggu orang ramai untuk menjadikannya berbaloi dengan usaha.

Fokus pada matlamat anda bukan pada halangan anda. Apabila anda menumpukan perhatian kepada perkara yang benar-benar penting selebihnya menjadi tidak relevan membolehkan anda bergerak ke hadapan dengan jelas dan tekad

 

KREDIT UNTUK PASUKAN

Terima kasih. Nice moment and Experience.

Team Hiking Bukit Batu, Jasin, Team Biro Sukan, Team Futsal SUKNA 19, Team Bolasepak SUKNA 19 dan keseluruhan yang mana Ketika itu saya timbalan CDM, Team Olahraga SUKNA 20, Team Bola Tampar SUKNA 20, Team Karaoke, Team Wayang, Team Koir PPZS funder Gs. Hj. Rosli, Team Perbarisan Maal Hijrah Gs. Hj. Rosli dan macam-macam yang tidak tersebut setiap satu persatunya di sini. Semua ini telah mewarnai sepanjang saya di PPZS.

            Putih pauh baru kan besar, 

Entahkan bila berbunga lagi; 
Diri menjauh hati berdebar, 

Entahkan bila bersama lagi.

 

 Sungai Bintangor airnya merah,

Tempat orang mencuci gigi; 

Kalau sungguh dipanjang Allah,

Boleh kita berjumpa lagi.


PENUTUP

Akhir kata, saya mencipta semua memori, momen, keterlibatan, sinergi semua ini adalah bagi mendorong persekitaran terus aktif dan berkecimpung dalam bidang yang diminati. Di samping bagi peningkatan kendiri ia juga untuk menyuntik anda semua.

Maafkan salah silap saya baik tutur kata, perbuatan dan tingkah laku. Mohon maaf. Halalkan makan minum. Jika ada hutang sila tuntut. Nama-nama yang tidak disebut atau tertinggal saya sebut maafkan saya. Secara keseluruhannya semua warga PPZS baik secara langsung atau tidak langsung kalian pernah bekerjasama dengan saya. Termasuk pemandu. En. Hafizi dan En. Shamsol.

Saya akhiri dengan selamat maju jaya PPZS di bawah kepimpinan Puan Pengarah. Semoga PPZS terus menempa nama antara PPZ yang terbaik. Doakan saya juga untuk terus menempa kecemerlangan di tempat baharu, sihat tubuh badan dan dipermudah urusan,

Sekian, wassalamuaalaikum wbt.

Terima kasih.