nota hati seorang lelaki kota frinjan yang suka berfikir tanpa kotak dan mementingkan kesempurnaan
21.9.17
8.8.17
dari kami untukmu
Ketika pagi tak bermentari, awan redup datang dan basahi bumi. Namun indahnya pelangi hiasi hari ketika redup telah berlalu pergi.
Memang,
waktu bukanlah milik kita, tak seorangpun yang mampu menahan masanya
Keinginan kami tak seiring dengan batas kebersamaan kita yang mesti usai
Pertemuan dan perpisahan kan datang silih berganti
menjadi kepingan hidup tak terlupakan
Menghendap hingga menjadi sebuah kenangan
Kenangan akan sebuah kebersamaan yang penuh keakraban
Kini perpisahan menyapa
walau jiwa masih ingin terus bersama
namun apalah daya,
Jalan hiduplah yang memaksa
Bibir kami terkatup rapat, lidah kelu tertahan
enggan berucap kata perpisahan
Ia hanya mengundang kepiluan dan mengumbar getir sedih semata
Tapi tiang keyakinan kami kukuh berdiri menopang asa bahawa tali silaturahim akan tetap erat mengikat hati kita
Salah dan khilaf tiada lepas dari sebuah pergaulan kerana kita hanyalah seorang insan
Tiada lagi yang kami harapkan
Tugas baharu sudah menunggu di hadapan
jalani dengan ikhlas dan penuh kesedaran
hingga kelak kan kau raih kejayaan
Selain maafmu yang penuh ketulusan
doa kami semoga Allah membimbingmu
Dalam berjalan
dan berikanmu kemudahan dalam segala urusan
Melanjutkan perjalanan
dan selalu dalam limpahan rahmat serta keberkahan
Ketika sebuah pertemuan berawal kebaikan, maka akhirilah sebuah perpisahan dengan kenangan indah yang tidak akan terlupakan.
.
6.8.17
Luaran
Pertama kali aku jumpa seorang Cina memakai baju batik dua lapis. Dalam batik Indonesia motif fauna. Luar, batik Malaysia motif flora. Pakai seluar pendek berselipar. Tapi punya bangunan kedai pejabat dua unit tiga tingkat. Kaya bukan kira penampilan dan paras rupa. Kita tak tahu duit dia di tangan dan di bank. Kita tak tahu aset dia. Kau jangan pandang rendah terhadap dia.
.
29.7.17
budak wicet baru nak up
Karya boleh datang pelbegai bentuk.
Fiksyen dan separa fiksyen.
Jika apa yang ditulis mengena dengan yang hidup itu hanya kebetulan.
Maka yang hidup tak perlulah tuntut royalti
Sebab itu hanya kebetulan.
Tidak disengajakan
26.5.17
Artis baharu popular
everybody can do!
#berharapkausetia
#albumkaboom
Sakksikan video klip yang dipaparkan melalui link di bawah
http://asia.vivavideo.tv/v/IaPryP0/1/?fromApp=XiaoYing&toApp=email
10.5.17
Kamu tidak bersalah
Ketika ini jam sudah menunjukkan pukul 1:03 minit pagi. Aku baru saja selesaikan urusan pembersihan muntah Ariff Zaqwan. Umurnya kini sudah menjangkau enam tahun.
Aku hairan pada diri sendiri mengapa aku mengherdiknya dan membentaknya ketika dia sedang berperang dengan batuknya, kemudian setelah dua tiga kali batukan disusuli dengan luahan isi perutnya yang dipanggil muntah. Aku bertambah marah dan tidak dapat mengawal kemarahanku ini apabila batukan pertama beliau biasanya sudah memberikan petanda beliau akan muntah namun aku bingkas bangun lalu menyuruhnya ke bilik air. Dia tak bergerak dan duduk saja. Kemudian batukan seterusnya dia muntah di tilam tempat tidurnya. Aku bingkas mengangkatnya ke bilik air dengan nada keras terus memarahinnya.
Aku buka suis lampu.
Kulihat dia menarik selimut menutup mukanya. Mustahil tidak terjaga. Sedangkan jiran yang mendengar pekikanku juga rasa akan terbangun. Sementara aku mengelap muntahnya yang bertaburan di tilam. Ariff di bilik air sedang menguruskan muntahnya yang masih tersisa. Batuk masih kedengaran. Aku terus memarahi beliau. Mengherdiknya.. Entah aku tak faham apa sangat yang aku marahi.
Jam 7:15 malam tadi. Setibanya aku di rumah aku disambut oleh beliau dengan nada yang ceria. Beliau kelihatan gembira apabila aku pulang dari tempat bertugas. Beliau menghulurkan tangan ingin mencium tanganku. Aku usap-usap kepalanya. Lalu aku tanya, Ariff dah makan? Dah. Makan telur ngan nasi. Tapi telur dah habis untuk ayah. Ayah pergilah dapur. Ayah makanlah.
Sambil itu aku lihat dia masih terbaring sambil di tangannya telefon genggam tanpa sepatah kata. Terus tersentuh jiwaku ini. Apa! Ingat yang datang masuk ini tunggul ke? Apa aku ini orang asing. Dalam hati kecilku sambil menghulur tangan kepada anak-anak yang lain.
Lalu aku terus ke dapur.
Membuka tudung saji.
Ada sup ayam.
Ulaman dan semangkuk budu.
Aku layan diri sendiri.
Ketika aku membuat suapan kedengaran suaranya dari depan. Tanya ayah nak telur tak? Kalau nak nanti abang gorengkan? Ibu penatlah.. Ariff terus berlari ke belakang lalu menanyakannya kepadaku. Aku jawab tak apalah. Ayah makan apa yang ada je ni. Tak payah susah-susah. Aku terus melakukan suapan demi suapan. Menyendiri di dapur.
Kemudian terdengar ada orang memberi salam. Dia sudah bingkas bangun dan menjemput tetamu masuk. Sempat kujenguk dari dapur lalu kelihatan adik iparku lantas aku bersuara untuk menjemput makan sekali. Dia ke dapur untuk menyiapkan air untuk tetamu. Aku yang sedari tadi tidak dilayannya jangan katakan air. Cawan air pun entah ke mana. Tetamu pula yang didahulukannya. Terus hati yang tersentuh tadi membengkak bagai selepas dicalar. Namun dalam minda aku positifkan, menghormati tetamu itu juga membawa rezeki. Dengan segera aku selesaikan urusan makan. Aku bersiap-siap untuk mandi.
Seusai semua perkara. Tadi ada telefon mak. Mak kirim salam. Dia kata sudah lama abang tak menghubunginya. Lama. Ada telefon mak tak? Ibu dah cakap dengan mak, entah sibuk sangat dia. Aku diam. Tadi selepas makan ada tergigit bibir sendiri. Jiwa masih lagi kacau. Kusut belum lagi selesai. Barangkali, mak ada sebut-sebut nama.
Ariff masih berdiri di depan bilik air. Sedang aku membasuh menguruskan sisa muntah yang melekat di kain lap dan di lantai bilik air. Kelihatan abang dan kakak mereka yang lain bangun apabila lampu dinyalakan dan bingit pekikan sang gergasi. Manakala yang bongsu masih terbatuk-batuk. Setelah aku membuka pakaiannya. Aku mandikannya di bahagian yang terkena muntah. Aku herdik lagi untuk beliau mengelap badannya serta mengambil baju. Namun beliau masih terpaku. Aku dapat rasakan beliau mula menitiskan air mata. Dengan pantas beliau ke bilik untuk menggantikan pakaian yang lain. Aku masih di bilik air membersihkannya. Selesai di tandas ku lapkan semula bekas muntahan di tilam dengan kain basah. Juga mengelap jika terdapat di lantai sepanjang ke tandas.
Aku ke bilik, beliau sudah terbaring sisi. Lalu aku menghampirinya. Tiba-tiba tanpa dipaksa mata ini berkaca. Air mata ini bergenang. Hidung juga turut berair. Kuusap kepalanya perlahan. Dengan perlahan aku bisik kepadanya. Maafkan ayah. Kemudian kuambil minyak afiat kuusap ke dadanya dan kakinya. Kusapu hingusannya dengan tuala. Kuusap-usap lagi kepalanya. Kutepuk-tepuk belakangnya. Dah tidur.. kataku dengan nada lembut. Aku tak tertahan lagi berderai air mata ini. Lalu kutulis coretan ini dan di kala coretan ini sedang ditulis. Mata masih lagi berkaca. Hati yang bengkak masih belum surut. Kebengkakan hati aku kulepaskan kepada Ariff.
Malam tadi, beliaulah yang bantu untuk membetulkan alat kawalan jauh televisyen. Dicarinya bateri di dalam laci dan sebagainya. Kedengaran selepas itu beliau mengadu pada ibunya.
Remote bateri dah lemah. Aku bersuara dari depan.
Remote rosak!! Rosaakk!!
Kedengaran pula suara dari belakang pasal remote pun nak marah. Bukan pasal remote atau pasal muntah atau pasal lainnya. Hati terasa pasal layanan dan perhatian. Ditakdirkan pula tetamu hadir. Makin tertusuk dalamnya ia terasa. Sangat dalam.
Anakku, marah bukan sifat ayah. Ayah kalau boleh tak mahu nak marah-marah. Tapi, luahan kemarahan ayah yang membuak-buak ini tak boleh dibendung macam muntah kamu malam tadi. Bila dah keluar anggaplah ia sesuatu yang sudah tidak tertahan lagi.
Ayah maafkan semua. Ayah juga bukan sempurna. Ayah juga tidak mengharapakan layanan bidadari dari istana. Fahamilah dan jiwailah erti keharmonian. Maafkan ayah!
.
5.4.17
Cukup cukup sudah
Beli.
Tas bikin bawa telekung pak!
Beli.
Sabuknya pak! Kulit pak!
Beli.
Cincinnya pak! Bikin ole-ole
Beli.
Kain batiknya pak! Bikin yang tercinta.
Beli.
Mana money changer sini mas?
Ada di sana pak!
@#$%^&*!!
.
31.3.17
Yank atau yang
Terus hubungiku lagi
Jangan bilang ini yang terakhir
Aku ngerti kamu
Kamu ngerti aku
Aku sayang kamu selamanya..
.