اَلْحَمْدُ
للّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ اَشْرَفِ اْللأَنْبِيَاءِ
وَالْمُرْسَلِيْنَ
سَيِّدِناَ
وَمَوْلٰنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ، اَمَّا بَعْدُ.
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ
عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ
وَبَرَكاتُهُ
Salam
Sejahtera,
Salam
Malaysia Madani,
Salam Peneraju Perancangan Bandar dan
Desa ke Arah Kesejahteraan Rakyat dan Kemakmuran Negara Menjelang 2030.
PERMULAAN
Terima
kasih, saudara dan saudari pengacara majlis.
Kredit
untuk video montaj saya yang ditayangkan tadi kepada Biro Penerangan KKS PPZS. Khususul khusus En.
Zamri. I like it.
YBrs. Pn.
Noraida binti Abdul Rani
Pengarah Pejabat
Projek Zon Selatan (PPZS)
YBrs. Gs.
Fitri binti Abd Rahman
Pengurus
Projek URP3 (N/A)
YBrs. Gs.
Hj. Rosli bin Yusop
Pengurus
Projek URP5 merangkap Pengerusi KKS PPZS
YBrs. En. Khaizal bin Maarif 
Pengurus
Projek URP4
YBrs. En. Qua Jen Min 
Pengurus
Projek URP1
YBrs. En. Yahya Ahmad bin Omar
Pengurus
Projek URP2 merangkap Timb. Pengerusi KKS PPZS
YBrs. Pn. Elvi
Susanti binti Drs Lahmuddin Yusof
Ketua
Unit Pemantauan
YBrs. Pn.
Faizah binti Ab Wahid
Ketua
Unit Penyelarasan Maklumat Perancangan (N/A)
YBrs. En.
Ishak Mahat
Ketua kerani (CC)
Semua Pegawai
dan semua
anggota PPZS yang dikasihi sekalian.
SOROTAN SEPINTAS
LALU
Mengimbau
sepanjang bertugas di Pejabat Projek Zon Selatan sudah barang tentunya ada
peristiwa suka, duka, pahit dan manis yang tercatat dalam simpanan memori di
hati sanubari saya. Kendatipun begitu, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula
tempat bermain.
            Lagi
ditutuh lagi ditebang,
 
   Dibuat mari ampaian kain;
Tempat
jatuh lagi terkenang,
 
   Kononkan pula tempat bermain.
Bermula
dari zaman Pengarah, Tn. Hj. Suhaimi Sarpan, kemudian  En. Norjafni Zainuddin. Kemudian, En. Mohd. Sukuran Taib. Disusuli En. Abdulhan Abd. Lamit, Dr.
Dzul Khaimi Khailani dan kini Pn. Noraida Abd. Rani. Enam pengarah telah dilalui. Bermacam style dan
gaya kepimpinan. Fuhh.. punyalah lama sampai enam Pengarah bertukar. Masih berbakti di sini.
Menyentuh soal pergerakan aras pula boleh
dikatakan ketiga-tiga aras aras saya telah dapat pengalamannya, bermula aras 7, kemudian turun 6
dan naik ke aras 8. Pernah menanggung tugas Ketua UPMP, Pernah menanggung tugas
pegawai di URP2 (semasa En. Muhammad Hussaini bin Haron selaku pengurus projek), Pernah
menanggung tugas Ketua UP.
Dalam
ucapan puan pengarah dan tayangan video montaj itu tadi telah menceritakan segalanya. Tak
perlulah saya ulang kejayaan yang tercipta. Kejayaan yang kita cipta. Yang membentuk aura positif semangat perjuangan bersama. Saya akan mengungkap sisi yang
berbeza yang mungkin kalian tidak tahu dan bolehlah mengenali lebih lanjut tentang saya yang mungkin meleset sangkaan tuan-puan.
Sisi pembongkaran rahsia. Sisi gila-gila. Hahaha..
Saya
perkenalkan nama saya Saifuddin bin Marsuk. Darah O+, biasanya darah jenis ini
memang suka ke hadapan. Suka jadi ketua. Anak ke-2 daripada adik beradik. Anak ke-2 memang pelik
sedikit. Tak percaya mana yang ada anak. Tengok anak ke-2 masing-masing. Pasti lain. Anak ke-2 saya sendiri pun sangat berbeza karekternya. Saya mempumyai 4 orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan. Seorang isteri. Alhamdulillah, tahun 2025 dapat berpuasa sebulan bersama isteri dan solat berjemaah. Semoga dimakbulkan.
Boleh
dikatakan saya amat gembira dan rasa seronok sepanjang berkhidmat di PPZS
kerana pasukan yang ada ini ibarat seperti keluarga besar saya dan semangat kekitaan yang terbina
menjadikan suasana kerja menjadi seronok. Kalau seronok tugas yang datang dapat digalas dengan baik. Namun apakan daya, pusingan kerja
dibuat saya sendiri yang memohon untuk bertukar kerana sepanjang perkhidmatan belum
pernah ke ibu pejabat. Sudah tiba masanya untuk saya. Apalah kiranya saya kembali ke ibu pejabat. Siapa tahu suatu
hari nanti saya kembali semula ke sini sebagai pengurus projek. Aamiin… Doa sama-sama. Doa yang baik-baik.
PERKONGSIAN
PRINSIP BERTUGAS
Baik, di
dalam melaksanakan tugas di PPZS ada beberapa prinsip saya terapkan dan saya
pegang.
 
وَتَعَاوَنُوْا عَلَى
الْبِرِّ وَالتَّقْوٰىۖ وَلَا تَعَاوَنُوْا عَلَى الْاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ 
“…Dan tolong menolonglah
kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam
berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat
berat siksa-Nya.” (Al Maidah: 2)
Ini yang
saya pegang. Tak kisahlah apa jua tugas yang diberi atau ada yang memohon
pertolongan. Selalu ringankan tulang membantu. Jika pengarah atau pengurus
projek meminta tolong saya pegang ayat ini. Insha Allah kalau kita permudah
tugas orang, tugas kita Allah mudahkan. Alhamdulillah, Allah mempermudah
urusan. Menjaga keluarga dan dihargai dalam pelbagai bentuk yang tanpa kita
sedari.
Yang
kedua, saya membaca dan menelaah buku RULES of Management atau RULES of Work
oleh Richard Templar. Jika berkesempatan tuan puan boleh baca. Ia amat
berguna membantu untuk mengurus pasukan, mengurus diri dan mengurus organisasi.
Ini saya jadikan panduan.
Saya suka
mengambil kesempatan ini dan berkongsi konten buku ini sepintas lalu. Isinya dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
1.   
Mengurus Pasukan: 37 Rules
Satu
contoh, Hormati perbezaan individu
2.   
Mengurus diri sendiri: 70 Rules
Satu
contoh, Jadilah pro aktif bukan reaktif dan Jadilah konsisten
3.   
Mengurus organisasi: 10 Rules
Satu
contoh, Kekalkan perhubungan dan
persahabatan yang baik
Prinsip
yang lain saya pegang adalah kerja jangan bertangguh, jangan tolak kerja dan jangan
berkira. Dan tentu kerja niatkan ikhlas dan ibadah kerana Allah.
Menurut Danzel Washington, "Pekerjaan anda bukan hidup anda. Ia hanya satu
pekerjaan. Sebabnya.
1. Syarikat/ Organisasi anda bukan keluarga anda. Ia wujud untuk bermotifkan keuntungan dan tidak bertanggungjawab untuk
kesejahteraan peribadi anda. 
2. Rakan sekerja anda bukan kawan anda. Perlu
diingat bahawa mereka adalah orang yang mempunyai minat dan motivasi mereka sendiri.  
3. Jika sesuatu yang buruk berlaku kepada anda, organisasi anda boleh menggantikan anda dengan mudah. 
4. berhenti
mempercayai keuntungan korporat yang direka untuk memperhambakan anda kepada pekerjaan. 
5. Datang ke tempat
kerja anda lakukan kerja anda mendapat gaji dan pulang ke rumah.
Ingat bahawa terdapat lebih
banyak perkara untuk hidup daripada kerjaya anda.
Buya Hamka pernah berkata, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.”
Sekali baca, agak keras perumpamaan yang diwariskan kepada kita. Jika dibaca untuk kali kedua, memang ada benarnya pesanan ini buat kita, buat mereka yang berfikir dan mencari erti dalam hidupnya.
Dalam pesanan itu, Hamka telah menarik perhatian kita terhadap dua perkara yang menjadi kepentingan dalam hidup manusia iaitu hidup dan kerja. Namun, perumpamaan manusia dengan kera dan babi di hutan itu yang membuatkan kita terfikir serta merenung akan makna di sebaliknya.
Mesej yang ingin disampaikan oleh kata-kata Hamka ialah, manusia perlu mencari erti pada kehidupannya, jika tidak, kehidupan manusia akan sama dengan kehidupan haiwan, sedangkan kehidupan manusia jauh berbeza dengan kehidupan haiwan. 
IMBAUAN
MENYOROTI MASA
Baik,
bila mengimbau sedari mula saya menjejakkan kaki di PPZS iaitu pada 15 Mac 2019:
URP4 (setahun lebih). In total
hampir 6 tahun saya di PPZS. Cuma ditawarkan kenaikan di tempat yang sama.
Syukur plus 2 tahun.
URP4
bermula segalanya menimba ilmu dan pengalaman. Di kala itu pengurus projek En Abdulhan bin Abd Lamit dan
pegawai lain Pn Haibenarisal binti Baijuri, En. Mat Shasir Bin Abd. Rahman (telah
bersara), En. Shahrizaila Bin Mahmud (join selepas itu), Pn. Rajijah Binti
Khamis (telah bersara), Pn Rosidah binti Ali, Pn. Fairuz Binti Muhamad Zain, En.
Abdullah bin Zulkafeli, En. Mohd Zaidi Bin Ali, Pn. Nur Ellyanie binti Shapiee
(join kemudian).
Terima
kasih sumbangan, bantuan dan tunjuk ajar kalian di URP4. Ingat lagi? Penghujung
RSN Johor 2030. Membetulkan gambarajah utama. Kemudian, bermula RTD Muar 2030
(penggantian) bagaimana mengurus perunding yang terlalu teoritikal (kena buat
kerja lebih, hahaha), Bagaimana mengurus bantahan yang ratusan banyaknya
sekitar 800++, Bagaimana mengurus mengagih kerja yang bertubi-tubi, Projek Show
Case Sempadan Tampin-Pulau Sebang. En. Nazri Dali ketika itu juga membantu saya.
Terima kasih.
Bagaiamana dalam masa yang sama melakaanakan sektor dalaman S.A untuk RTD Muar, Bagaimana mengurus
pegawai-pegawai luar biasa perangainya di PBT, Bagaimana mengurus tugas zaman covid.
Mencabar..
Kemudian datang
RTD Alor Gajah 2035 (penggantian). Diarahkan untuk melaksanakan sektor dalaman
kemudahan masyarakat. Bagaimana mengurus pengumpulan data semasa kovid, Menjalankan
kajian semasa kovid, mesyuarat atas talian, Persiapan hari raya dan gotong-royong. Itu
semua mematangkan dan mewarnai tugas seharian kita. Semua ini bukan kejayaan saya. Tapi
sebagai satu pasukan yang utuh!
Tuan-tuan dan puan-puan,
Semasa
menjejakkan kaki di PPZS kalau diimbau kisah manis pastinya tidak dapat
dilupakan. Apa saja yang saya tak pernah buat, selain kerja-kerja hakiki. Katakan di sini. Pernah
menternak ikan laga (betta fish) di pejabat. Pernah menanam kelapa bonzai di
pejabat. Ini berlaku masa Covid.
Penghujung
2021. Saya telah anggap semua sebagai anggota keluarga saya. Kediaman dilanda banjir. Sejuk hati ada yang prihatin. Terima kasih atas bantuan pembersihan dan sokongan moral.
             Harus diingat kita hanya musafir
Yang didatangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput 
untuk pulang
Dijemput pulang…
Dijemput pulang…
Selepas
itu, pada kala kerusi Ketua UPMP dikosongkan, pengarah perlu memikirkan siapa
yang harus diletakkan di unit berkenaan. Pada 1 November 2021, pengarah memutuskan untuk
meletakkan saya selaku Ketua Unit UPMP. Istilahnya untuk sementara mula-mula.
Kemudian jadi sementara lama. Tidak mengapa saya ok saja. Kerana saya memang lebih suka jadi ketua. Jadi ketua yang bertanggungjawab. Daripada ada ketua tapi tidak berguna buat apa. Hahaha...
Team UPMP
ketika itu, En. Mohd. Izzuan Ramli, En. Shamsur bin Othman (telah bersara), En. Mohd Zaidi bin Ali (beliau
mengikut saya atau saya mengikut beliau haha), En. Muhammad Hafeez bin Mohamad,
Nur Anis Natrah binti
Rosman (telah berpindah), Pn. Norazreen binti Masran (bertukar ke unit 2), Pn.
Norasna Nadia binti Adzis dan Pn. Fatin Nabighah binti Nazri (yang menggantikan Pn. Norazreen.
Di kala
itu, banyak pengalaman yang dipelajari. Bagaimana kita bersama-sama menggerakkan
jentera UPMP di samping beberapa projek LCRP di tangan. Mengurus projek laluan
basikal (sambungan), Projek kolam tadahan (sambungan), Projek Taman Bandaran (projek baharu) dan mesyuarat-mesyuarat utama di peringkat ibu pejabat. Masa ketika ini juga
belajar mengurus giliran semasa covid. Datang bertugas walaupun positif covid
kerana komited (Cuma masa tu dah hujung-hujung covid, jangan bagitahu sesiapa. Sini habis sini.), membuat ketupat gergasi,
membuat galeri info UPMP, mengadakan jamuan UPMP, membuat video raya di tangga. Itu semua kenangan terindah yang kita bina.
             Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang oh
Pada
waktu ini juga, saya tidur di pejabat gara-gara kumpulan KIK. Tidur 2 malam di
aras 6. Bukan tidur saja-saja. Siang kerja hakiki. Mana sempat nak buat. Hanya malam masa yang ada. Alhamdulillah tiada gangguan. Kenangan manis. Team KIK sambung kerja di
Mc.D. Terima kasih memori itu. Dayah, Ellyani, Fariz, Fatin, Hazlan, Melysha, Nazri,
Reen dan Siti Amirah (join kemudian)
Terima
kasih atas bantuan. Banyak kita belajar. Horizon baharu KIK. Maaf jika ada
perkara yang terlalu mendesak dan memaksa. Niat saya bukan apa-apa hanya demi
kebaikan semua. Hanya demi merealisasikan hasrat tuan Pengarah.
Team
hebahan dan promosi bagi kursus Seminar Bandar Rendah Karbon yang diadakan pada
Mei 2023 di Hotel Mudzaffar MITC. En. Mahathir, En. Wan Muien dan En. Amirul
Hakim. Terima kasih atas bantuan. Banyak perkara kita sama-sama belajar sebagai
sebuah pasukan. Maaf jika ada perkara yang terlalu mendesak dan memaksa untuk
kesegeraan. Niat saya bukan apa-apa hanya membina kompetensi diri tuan-tuan. Sampai masa belum disuruh kita dah tahu nak buat.
Menanggung
tugas Ketua UP juga satu pengalaman yang bermakna walaupun sekejap. En. Muhammad Norsyahmi bin Khairil Anwar, En. Norhazlan bin Sarimon, Pn. Hjh. Hana Arlina binti Shahar, Pn. Nurul Huda binti Zainal Abidin, Pn. Nor Asikin binti Md. Ghazali dan En. Mohd. Amirol Hakim bin Rosli. 
Walaupun sekejap namun banyak yang dapat dikongsi untuk bekerjasama. Lawatan tapak. projek pemantauan RT Gemas. Ketika itu, sebelah kaki di UPMP. Sebelah lagi di UP. Tujuan hanya satu, untuk membantu pengarah. Kalau kita tidak boleh membantu, jangan pula kita menyusahkan. Membantu pengarah untuk membuat keputusan bukan memberi masalah. 
Kemudian
pada 4 September 2023, saya dinaikkan pangkat dan dinaikkan aras 8 ke URP5
sehingga kini. Team terdiri daripada Gs. Hj. Rosli bin Yusop (Pengurus
Projek), Pn. Mlysha Nurshyla binti Abdul Rahim (telah bertukar).
Diganti En. Muhammad Azan bin Mohamed Shukor, En.
Zamri bin Mohamad, Pn. Siti Zamzurina binti Samsudin, En. Donny
Linan, En.
Khirul Anuar bin Abu Bakar, Pn. Nurul Ain binti Zakaria dan En. Mohamad Kamil
bin Zakaria. Team ni pace dia slow namun not bad. Janji arahan clear akan jadi ok. Malah akan jadi lebih laju dari team yang jauh lebih muda.
Masih
ingat bagaimana kita bersama-sama membina rumah pusaka rumah kayu, Bagaimana kita
mengurus kursus Pengiraan Model
Pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) Dalam Perancangan Pembangunan Bandar Rendah
Karbon Iskandar Puteri, pada 4 - 5 September 2024 di MBIP. Bagaimana
kita bergerak sepasukan, Bagaimana kita membuat persiapan gerai raya, Bagaimana
kita sering berpotluck, Terima kasih atas sumbangan dan bantuan kalian. Maafkan
jika ada khilaf. Saya sentiasa memberikan dan menjanjikan yang terbaik walau ribut yang melanda. Untuk URP5, saya tangguhkan kredit seketika kerana pastinya ada acara khas untuk itu. Hahaha.
             Dari desa ku merantau
                    Ku memburu cita-cita
            Walau apa rintangannya
                    Ku cuba mencari bahgia
Lima kali
sambutan hari raya di PPZS tidak akan dilupakan. Meriah dan sporting. Sudah pastinya yang menjadi tulang belakang bagi memeriahkan acara ini adalah anda semua. Tahun ni kalau raya jemputlah saya. Haha.
Insha
Allah tuan-puan saya masih ada sehingga 28 Januari 2025. Itu hari terakhir saya. Masih ada lagi
tugas-tugas yang perlu diselesaikan utk RTD Rembau 2035 dan RSN Johor 2040. Dalam nota serah
tugas nanti saya pastikan ianya minima. Haha..
Insha
Allah saya akan melapor diri pada 3 Februari 2025 di BRFN tanpa penangguhan. Doakan
saya terus sihat dan cemerlang. Doakan kejayaan saya. Sama-sama kita saling mendoakan.
 
وَعَسٰۤى اَنۡ تَكۡرَهُوۡا
شَيۡـــًٔا وَّهُوَ خَيۡرٌ لَّـکُمۡۚ وَعَسٰۤى اَنۡ تُحِبُّوۡا شَيۡـــًٔا
وَّهُوَ شَرٌّ لَّـكُمۡؕ وَاللّٰهُ يَعۡلَمُ وَاَنۡـتُمۡ لَاتَعۡلَمُوۡنَ
 
...dan
boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi
kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah
jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah
216)
Suka saya kongsikan kata-kata dari Danzel Washington
Kejayaan menuntut 8 perkara
1. Kerja keras; Jangan percaya kepada nasib, percaya kepada
kerja keras
2. Sabar; Jika anda kehilangan kesabaran, maka anda kalah
dalam pertempuran
3. Pengorbanan; Jika anda tidak berkorban untuk apa yang anda
mah, maka apa yang anda inginkan menjadi pengorbanan
4. Konsistensi; Konsistensi adalah apa yang mengubah purata
menjadi kecemerlangan
5. Disilplin; Motivasi membuat anda pergi tetapi disiplin
membuatkan anda terus berkembang
6. Keyakinan diri; Keyakinan tidak seperti mereka akan menyukai
saya. Keyakinan adalah saya akan baik-baik saja jika mereka tidak menyukai saya
7. Sikap positif; Sikap positif tidak akan menyelesaikan semua
masalah anda tetapi ia akan mengganggu orang ramai untuk menjadikannya berbaloi
dengan usaha. 
8. Fokus pada matlamat anda bukan pada halangan anda. Apabila anda
menumpukan perhatian kepada perkara yang benar-benar penting selebihnya menjadi
tidak relevan membolehkan anda bergerak ke hadapan dengan jelas dan tekad
 
KREDIT
UNTUK PASUKAN LAINNYA
Terima kasih.
Nice moment and Experience.
Team
Hiking Bukit Batu, Jasin, Team Biro Sukan, Team Futsal SUKNA 19, Team Bolasepak
SUKNA 19 dan keseluruhan yang mana Ketika itu saya timbalan CDM, Team Olahraga
SUKNA 20, Team Bola Tampar SUKNA 20, Team Karaoke, Team Wayang, Team Koir PPZS
funder Gs. Hj. Rosli, Team Perbarisan Maal Hijrah funder Gs. Hj. Rosli. Macam-macam team lagi yang tidak tersebut setiap satu persatunya di sini. Semua ini telah mewarnai sepanjang saya di PPZS.
            Putih pauh baru kan besar, 
Entahkan bila berbunga lagi; 
Diri menjauh hati berdebar, 
Entahkan bila bersama lagi.
 
 Sungai
Bintangor airnya merah, 
Tempat orang mencuci gigi; 
Kalau
sungguh dipanjang Allah, 
Boleh kita berjumpa lagi.
PENUTUP
Akhir
kata, saya mencipta semua memori, momen, keterlibatan, sinergi dan jiwa raga semua ini adalah
bagi mendorong persekitaran terus aktif dan berkecimpung dalam bidang yang
diminati. Di samping bagi peningkatan kendiri ia juga untuk menyuntik anda
semua.
Maafkan
salah silap saya baik tutur kata, perbuatan dan tingkah laku. Mohon maaf.
Halalkan makan minum. Jika ada hutang sila tuntut. Nama-nama yang tidak disebut
atau tertinggal saya sebut untuk dikreditkan maafkan saya. Secara keseluruhannya semua warga PPZS
baik secara langsung atau tidak langsung yang pernah bekerjasama dengan saya.
Termasuk pemandu. En. Hafizi dan En. Shamsol.
Saya
akhiri dengan selamat maju jaya PPZS di bawah kepimpinan Puan Pengarah. Semoga
PPZS terus menempa nama antara PPZ yang terbaik. Doakan saya juga untuk terus
menempa kecemerlangan di tempat baharu, sihat tubuh badan dan dipermudah
urusan,
Sekian, wassalamuaalaikum
wbt.
Terima
kasih.