29.7.08

Penangguhan buah kita

Entri pada hari ini terpaksa ditunda keesokannya. Sebabnya...






Penulis sedang menikmati buah. Buah-buahan tropika tu... Maaf la ye kerana terpaksa menelan air liur sendiri. Sedap tak tertahan ni... Lebih-lebih lagi rambutan dari Sungai Koyan. Buahnya bujur membesar. Muat-muat semulut bila nak dikupas. Rambutnya lebat. Isinya padat dan tebal. Longkah pula tu. Rasanya manis secukup rasa. Tidak terlalu banyak air. Urmm... Lain dari yang lain. Selain dari buah dadu, buah karom, buah fikiran, buah hati, buah d*da dan buah te**is. Kalian suka buah apa ye?

Enam teka-teki ahtok hari ini:
1/ Buah apa kena langkah dulu baru boleh makan?
2/ Buah apa sesekali ada di tengkuk?
3/ Buah apa biji di luar?
4/ Buah apa tidak bertangkai?
5/ Buah apa boleh beranak-pinak?
6/ Yang ni panjang sikit, Pak Mat ada kebun buah-buahan. Semua jenis buah ada ditanam. Satu hari, kebunnya terbakar. Tapi magisnya ada 3 jenis buah yang selamat. Dan tak terbakar. Apakah jenis buah-buah itu itu dan kenapa ia selamat?

Sila hantar jawapan anda ke emel atochsmart2@ AT yahoo DOT com atau klik sini. Dengan tajuk : Ahtok, inilah buah saya. Dikuti dengan susunan nombor seperti berikut:
1/ Buah ......
2/ Buah ......
3/ Buah ......
4/ Buah ......
5/ Buah ......
6/
a) Buah ....... Sebab :
b) Buah ....... Sebab :
c) Buah ....... Sebab :

Hadiah menarik menanti anda. Hanya seorang pemenang aje sebab ada satu hadiah je.

13 comments:

  1. la..nak la skit...mengidam nie..huhuhuhuh:)

    ReplyDelete
  2. wo!
    durian tu smart je aku tgk.

    ReplyDelete
  3. tok, hadiah keta merc sebijik pun jadi la tok... :)

    ReplyDelete
  4. ko tahu kenapa orang panggil rambutan anak sekolah? emel aku. hehe..

    ReplyDelete
  5. Ah Tok, inilah buah saya

    1. Buah dam
    2. Buah P*lir
    3. Buah Gajus
    4. Buah Melaka
    5. Buah err.. buah zuriat kot
    6. Buah cempedak, psl di luar pagar
    Buah keranji, psl dlm perahu
    Buah pisang, psl dibawa belayar

    ReplyDelete
  6. Suparjo,
    6/8 -

    Yang lain, tanya hadiah. Tidak menjawab persoalan.

    ReplyDelete
  7. Aku tak nak penin penin kepala pk jwpan, aku cuma nak mintak barang seulas durian nan gebu itu.aauuuummmmm!!!

    ReplyDelete
  8. gua tau yg no enam tu je! ahahaha! tu pun suparjo dah jawab dulu. hahaha.

    ReplyDelete
  9. nasib baik ako tengah kunyah buah-buahan yg ada dlm blog ko nih. Ahakzzz...

    ReplyDelete
  10. ni saya try jwp

    1. Buah Dam
    2. Buah Halkum
    3. Buah Gajus
    4. Buah Melaka
    5. Buah Hati
    6. Buah cempedak di luar pagar
    Buah keranji dlm perahu
    Buah pisang emas dibawa belayar

    ReplyDelete
  11. Dilah,
    Buah halkum bukan di tengkuk. Tengkuk adalah bahagian di belakang leher.

    Betul ke, buah hati boleh bearanak-pinak. Gimana, kalau dia mandul. Ahaks..

    So, 6/8

    ReplyDelete
  12. dah ada pemenang ke belum ni. mau try

    1. buah dam
    2. buah rantai (pendant)
    3. buah gajus
    4. buah melaka (sejenis kuih)
    5. buah buahan
    6a. buah cempedak sebab diluar pagar
    6b. buah keranji sebab dalam perahu
    6c. pisang emas sebab dibawa belayar

    ReplyDelete